Kejayaan pelan strategik pendidikan KPM, KPT berakhir tahun ini perlu dibentang kepada umum

PUTRAJAYA – Keperluan untuk Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang akan berakhir pada tahun ini, dibentangkan kepada awam secara terperinci dan pragmatik.

Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (Minda-UKM), Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali berkata, pendekatan itu membolehkan pelbagai pihak memahami keberkesanan serta kelemahan yang diterima menerusi pelan terbabit dalam memperkasa pendidikan negara.

Menurutnya, pelan strategik pendidikan Malaysia di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan (KPM) yang dimulakan pada 2013 dan 2015 bagi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) itu harus diteliti secara terperinci terlebih dahulu, sebelum memulakan sebarang dasar baharu.

“PPPM 2013-2025 berteraskan 11 anjakan dan PPPM (KPT) 2015-2025 pula berteraskan 10 lonjakan. Setelah 12 tahun buat KPM dan 10 tahun buat KPT, kedua-duanya akan berakhir tahun ini. 

“Sejauh manakah anjakan ini telah tercapai? Di manakah kedududukan kita hari ini? Persoalan ini mesti dijawab terlebih dahulu sebelum kita menggarap pelan strategik yang baharu.

“Nilai pencapaian kita berdasarkan apa dirancang sebelum ini sangat penting. Tak boleh melupakan perancangan lalu yang dibina dengan penuh keringat dan iltizam. Status anjakan itu seharusnya dilaporkan kepada umum secara terperinci. Lihat balik sasaran dinyatakan dalam pelan itu,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Jumaat.

Dalam pada itu, Noor Azlan berkata, pendidikan adalah hal ehwal rakyat dan penentuan Malaysia menjadi sebuat negara yang berjaya adalah bergantung kepada kejayaan sektor pendidikan bagi melahirkan insan berkualiti secara rohani dan jasmani.

Dengan cara itu, katanya, Malaysia mampu melahirkan insan minda kelas pertama, seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri kelima, Allahyarham Abdullah Ahmad Badawi

“Kejayaan sektor pendidikan umpama acara larian 4 x 100, semua empat pelari mesti memecut sepantasnya. Kita ada pelan dan dasar untuk pelari kedua iaitu (KPM dan pelari ketiga adalah KPT. Siapa pelari pertama , pendidikan pra-sekolah dan pelari terakhir iaitu keempat ialah pembelajaran sepanjang hayat, tidak begitu jelas, sana-sini ada.

“Kedua dua Kementerian kini sedang giat menyediakan pelan strategik yang baharu namun perlu dinilai dua pelan induk ini seperti apa pencapaian, apakah halangan dan cabaran serta tahap pendidikan persekolahan dan pendidikan tinggi negara di penghujung dua pelan induk terbabit.

“Berdasarkan penilaian ini barulah kita mula mengorak arah, ke manakah arahnya pendidikan negara 10 tahun yang mendatang. Bersama kita bincang dan ambil perhatian mengenai pendidikan negara ini. Ini ehwal kita semua. Ini negara kita,” katanya.

Sehubungan itu, Noor Azlan berkata, semua peringkat pendidikan ini mesti jelas dasar dan tindakannya selain memiliki kesinambungan agar tidak wujud kelompongan dalam memperbaiki dasar pendidikan negara.

“Sewajarnya KPM dan KPT memastikan keselarasan dan kesinambungan antara pelan induk persekolahan dan pendidikan tinggi. Jangan nanti baton terjatuh pula. Mesti dipastikan sampai ke tangan pelari seterusnya,” katanya.

Related Posts

RCI Tabung Haji: Guan Eng terima pujian kerana selamatkan Tabung Haji

SEBELUM ini bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menjadi sasaran tuduhan kononnya kerajaan Pakatan Harapan mahu menjual aset Lembaga Tabung Haji (TH) dan menggadaikan kepentingan umat Islam. Namun beberapa tahun…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat dapat 10GB data percuma sempena Hari Kebangsaan, Hari Malaysia

PUTRAJAYA – Pengguna perkhidmatan telekomunikasi di negara ini yang layak, bakal menikmati 10 gigabyte (GB) data internet percuma sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 menerusi Insentif Rebat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RUU Pewarisan Orang Islam 2026 modenkan perundangan syariah Sabah

  • By Ithma
  • August 12, 2026
RUU Pewarisan Orang Islam 2026 modenkan perundangan syariah Sabah

RCI Tabung Haji: Guan Eng terima pujian kerana selamatkan Tabung Haji

RCI Tabung Haji: Guan Eng terima pujian kerana selamatkan Tabung Haji

Siasat dakwaan agih bantuan untuk dapat sokongan

Siasat dakwaan agih bantuan untuk dapat sokongan

Tular jual RON95 kepada kenderaan asing, KPDN Perak tindak pantas

Tular jual RON95 kepada kenderaan asing, KPDN Perak tindak pantas

Rakyat dapat 10GB data percuma sempena Hari Kebangsaan, Hari Malaysia

Rakyat dapat 10GB data percuma sempena Hari Kebangsaan, Hari Malaysia

Minyak masak subsidi dicampur pewarna untuk lebih untung

Minyak masak subsidi dicampur pewarna untuk lebih untung