Sambung kontrak Azam Baki, Izzah sedia bawa kepada PMX

KUALA LUMPUR –  Nurul Izzah Anwar komited dengan pendirian untuk tidak bersetuju dengan penyambungan kontrak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Beliau yang bertanding sebagai calon Timbalan Presiden PKR memaklumkan pihaknya bersedia menyampaikan bantahan itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya diberi mandat dalam pemilihan parti akan datang.

Katanya, pendiriannya yang tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan menyambung semula kontrak Azam masih kekal dan akan dibangkitkan menerusi saluran parti.

“Saya akan bercakap (mengenai Azam) dalam skop parti,” katanya ringkas kepada media selepas menghadiri program Pertemuan Khas Anggota & Pimpinan Keadilan Wilayah Persekutuan, pada Khamis.

Turut hadir, Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari yang juga Menteri Besar Selangor bersama beberapa calon lain yang bertanding dalam pemilihan parti Mei ini.

Pada 10 Mei lalu, Nurul Izzah lantang mengkritik pelantikan semula Azam Baki yang kini memasuki penggal ketiga sebagai peneraju SPRM, dengan Puteri Reformasi itu menyifatkan keputusan berkenaan sebagai tidak wajar.

“Pemanjangan kontrak sebegini menyukarkan perubahan mendasar berlaku.

“Kita perlukan keberanian penjawat awam, pimpinan serta anggota parti untuk membawa nafas baharu dan membuat pilihan lebih baik,” katanya menerusi catatan di X.

Dalam ucapannya semalam, Nurul Izzah turut mengenang kembali perjuangan awal parti itu yang bermula dari Kuala Lumpur serta pengalaman peribadinya bertanding buat kali pertama di kerusi Parlimen Lembah Pantai.

Kata Naib Presiden PKR itu, cabaran menentang penyandang ketika itu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang merupakan menteri dan Ketua Wanita UMNO Malaysia cukup menggetarkan jiwa.

“Saya masih ingat ditakdirkan bertanding di Lembah Pantai, kawasan yang Keadilan (PKR) tidak pernah menang.

“Nak kata tak takut, lawan Datuk Seri Shahrizat sebelum isu NFC pun sudah cukup mendebarkan… tapi kita lawan sebab ini sebahagian daripada proses perjuangan,” katanya.

Related Posts

RCI Tabung Haji: ‘Isu ini penting untuk rakyat tahu, tak perlu untuk drama politik’ – Radzi Jidin

TATKALA Ahli Parlimen Pas memilih meninggalkan Dewan Rakyat ketika Sidang Khas membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) baru sahaja bermula, Ahli Parlimen Bersatu nampaknya mengambil pendirian berbeza…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pembangkang keluar Dewan Rakyat ketika Sidang Khas RCI TH disifatkan kebudak-budakan – Amidi

KUALA LUMPUR – Tindakan pembangkang keluar dari Dewan Rakyat ketika pembentangan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) hari ini disifatkan sebagai kebudak-budakan dan tidak bertanggungjawab. Pengerusi Pertubuhan Kebajikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI Tabung Haji: ‘Isu ini penting untuk rakyat tahu, tak perlu untuk drama politik’ – Radzi Jidin

RCI Tabung Haji: ‘Isu ini penting untuk rakyat tahu, tak perlu untuk drama politik’ – Radzi Jidin

Kelindan lori maut, motosikal rempuh lori rigid

  • By Fatin
  • August 11, 2026
Kelindan lori maut, motosikal rempuh lori rigid

Pembangkang keluar Dewan Rakyat ketika Sidang Khas RCI TH disifatkan kebudak-budakan – Amidi

Pembangkang keluar Dewan Rakyat ketika Sidang Khas RCI TH disifatkan kebudak-budakan – Amidi

‘Jika tak dapat tuntut di dunia, saya tuntut di akhirat’ – Pendeposit TH

‘Jika tak dapat tuntut di dunia, saya tuntut di akhirat’ – Pendeposit TH

Pindaan akta, kriteria pelantikan ahli lembaga Tabung Haji wajar diperketat

Pindaan akta, kriteria pelantikan ahli lembaga Tabung Haji wajar diperketat

Gua Monsud berpotensi jadi tarikan eko-pelancongan baharu Pulau Banggi

Gua Monsud berpotensi jadi tarikan eko-pelancongan baharu Pulau Banggi