Kementerian Pengangkutan akan lengkapkan laporan siasatan nahas trak FRU dalam sebulan

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan diberi tempoh sebulan untuk menyiapkan laporan siasatan berhubung nahas yang mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, pada Rabu (14 Mei).

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, laporan berkenaan perlu dibentangkan semula kepada Jemaah Menteri sebelum sebarang keputusan lanjut diambil.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hari ini.

“Dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, Menteri Pengangkutan (Anthony Loke) memaklumkan bahawa satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk meneliti aspek yang bukan bersifat jenayah, (terutama) dari aspek kenderaan.

“Jemaah Menteri memutuskan bahawa laporan daripada Kementerian Pengangkutan perlu disiapkan dalam tempoh satu bulan dan dibentangkan semula kepada Jemaah Menteri sebelum sebarang keputusan dibuat,” katanya ketika sidang media mingguan pasca mesyuarat Kabinet, di Putrajaya pada Rabu.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi turut merakamkan ucapan takziah Jemaah Menteri kepada keluarga semua mangsa yang terlibat dalam tragedi berkenaan.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi semalam, sembilan anggota FRU maut apabila trak yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori membawa muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan.

Susulan itu, Anthony Loke dalam satu kenyataan memaklumkan Kementerian Pengangkutan telah menubuhkan satu pasukan petugas khas bagi menyiasat punca kejadian serta mencadangkan penambahbaikan aspek keselamatan berkaitan.

Related Posts

Warga Pulau Banggi sambut baik peruntukan lebih RM31 juta diumum PM

KUDAT – Warga Pulau Banggi menyambut baik pengumuman peruntukan lebih RM31 juta oleh Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena lawatan kerja beliau ke pulau berkenaan. Christine Norshidah Jamlin,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

KUALA LUMPUR – Kerajaan dijangka mengumumkan pelan kesinambungan bekalan minyak negara pada pertengahan bulan ini susulan ketidaktentuan bekalan global akibat konflik berlarutan di Asia Barat dan penutupan Selat Hormuz. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Sabah sokong aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035

‎Sabah sokong aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035

Kaamatan platform kukuhkan keharmonian masyarakat berbilang kaum

Kaamatan platform kukuhkan keharmonian masyarakat berbilang kaum

Suara Melayu menjadi lemah jika politik dendam, prasangka masih berleluasa

Suara Melayu menjadi lemah jika politik dendam, prasangka masih berleluasa

Kebebasan bersuara bukan lesen untuk hina Islam, Raja Melayu

Kebebasan bersuara bukan lesen untuk hina Islam, Raja Melayu

Lelaki warga Thailand didakwa bunuh rakan di kebun getah Gua Musang

Lelaki warga Thailand didakwa bunuh rakan di kebun getah Gua Musang

Program Outreach Johor 2026 dekati rakyat, perkasa agenda Sejahtera MADANI

Program Outreach Johor 2026 dekati rakyat, perkasa agenda Sejahtera MADANI