Turun lagi, harga baharu beras putih import mulai esok

HARGA beras putih import (BPI) di pintu gudang Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) di Semenanjung, Sabah dan Sarawak diturunkan kepada RM2,600 per tan metrik, berkuat kuasa esok.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, susulan mengadakan sesi libat urus bersama BERNAS, pelbagai faktor semasa telah dipertimbangkan yang menyebabkan berlaku penurunan harga termasuk perkembangan pasaran global serta keperluan menjamin kelangsungan rantaian bekalan makanan.

“Pelarasan harga BPI di seluruh negara sebagai langkah proaktif untuk terus menjamin kestabilan bekalan serta mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Untuk rekod, ini pelarasan kali kedua selepas penurunan harga pada 1 Disember lalu, daripada RM3,000 kepada RM2,800 per tan metrik.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, program subsidi BPI bagi Sabah dan Sarawak akan diteruskan seperti biasa.

Jelasnya, langkah itu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan untuk memastikan makanan ruji negara kekal mampu milik, mudah diperoleh, dan sentiasa mencukupi.

“Kejayaan ini adalah hasil pendekatan strategik Bernas dalam mempelbagaikan sumber bekalan beras daripada pelbagai negara seperti Vietnam, Thailand dan Myanmar, yang seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada satu pasaran tunggal.

“Kementerian akan terus memantau perkembangan pasaran dan memastikan dasar yang digariskan kekal berpaksikan kepentingan rakyat dan keterjaminan makanan negara,” katanya.

Related Posts

Warga Pulau Banggi sambut baik peruntukan lebih RM31 juta diumum PM

KUDAT – Warga Pulau Banggi menyambut baik pengumuman peruntukan lebih RM31 juta oleh Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena lawatan kerja beliau ke pulau berkenaan. Christine Norshidah Jamlin,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

KUALA LUMPUR – Kerajaan dijangka mengumumkan pelan kesinambungan bekalan minyak negara pada pertengahan bulan ini susulan ketidaktentuan bekalan global akibat konflik berlarutan di Asia Barat dan penutupan Selat Hormuz. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Sabah sokong aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035

‎Sabah sokong aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035

Kaamatan platform kukuhkan keharmonian masyarakat berbilang kaum

Kaamatan platform kukuhkan keharmonian masyarakat berbilang kaum

Suara Melayu menjadi lemah jika politik dendam, prasangka masih berleluasa

Suara Melayu menjadi lemah jika politik dendam, prasangka masih berleluasa

Kebebasan bersuara bukan lesen untuk hina Islam, Raja Melayu

Kebebasan bersuara bukan lesen untuk hina Islam, Raja Melayu

Lelaki warga Thailand didakwa bunuh rakan di kebun getah Gua Musang

Lelaki warga Thailand didakwa bunuh rakan di kebun getah Gua Musang

Program Outreach Johor 2026 dekati rakyat, perkasa agenda Sejahtera MADANI

Program Outreach Johor 2026 dekati rakyat, perkasa agenda Sejahtera MADANI