KKM tidak pinggir cadangan MMA isu papar harga ubat

PUTRAJAYA –  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi jaminan untuk tidak akan mengenepikan cadangan menerusi memorandum Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) baru-baru ini

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pandangan itu membantu kerajaan meminda Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) bagi membolehkan pelaksanaan paparan harga ubat di klinik swasta dibuat mengikut undang-undang berkenaan.

Jelasnya, keputusan mengenai pertimbangan dan pendirian kementerian tersebut dijangka dapat diumum kepada Kabinet dalam tempoh dua minggu, iaitu penghujung Mei ini.

“Saya mahu dalam tempoh dua minggu ini perkara ini dapat diselesaikan dan dapat lah kita umumkan kepada Kabinet dari sudut fi konsultasi, jadual ketujuh Akta 586 (pengamal perubatan) GP swasta dan sekaligus dengan itu, bagaimana kita boleh mengambil satu pendekatan meletakkan penandaan harga ubat di bawah Akta 586. Mudah-mudahan penghujung Mei kita dapat selesaikan secara tuntas.

“Pada saya untuk kita benar-benar dapat meletakkan permohonan mereka itu pada tempat sepatutnya agar apa yang disebutkan oleh mereka itu dipertimbangkan. Saya mahu menunjukkan bahawa kita benar-benar responsif dan dengar apa yang mereka ingin katakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Jururawat dan Hari Bidan Peringkat Kebangsaan 2025 di Institut Kanser Negara (IKN), pada Selasa.

Sementara itu, Dzulkefly berharap perkara yang dibangkitkan oleh MMA mengenai Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723) yang terkait dengan Akta 586 akan dapat diselesaikan kelak.

“Maksudnya (sepatutnya) perkara ini kita dapat tangani bersama dan nantikan, apa pun keputusan itu, adalah keputusan yang akan kita teliti dengan cermat segala permohonan dan permintaan mereka,” tambahnya.

Sebagai rekod, MMA menerusi himpunan baru-baru ini menyuarakan cadangan supaya kerajaan meminda Akta 586 bagi membolehkan pelaksanaan paparan harga ubat di klinik swasta dibuat mengikut undang-undang berkenaan.

Presidennya, Datuk Dr Kalwinder Singh Khaira, berkata Menteri Kesihatan boleh menggubal peraturan mengikut Seksyen 107 Akta 586 iaitu undang-undang yang mengawal selia amalan perubatan bagi pelaksanaan dan penguatkuasaannya di klinik swasta.

Selain itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan meminta Menteri Kesihatan itu meneliti isu dibangkitkan oleh persatuan berkenaan.

Related Posts

RM230 juta bagi Skim PADURI MADANI, sasar lahir 29,000 usahawan wanita B40

IPOH – Kerajaan MADANI memperuntukkan RM230 juta menerusi Skim PADURI MADANI di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bagi melahirkan 29,000 usahawan wanita baharu dalam kalangan golongan B40 di seluruh negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI perkasa pendidikan, utamakan ilmu dan nilai kemanusiaan

IPOH – Kerajaan MADANI meluluskan pengambilan 3,150 guru baharu, jumlah tertinggi sejak negara mencapai kemerdekaan, sebagai bukti komitmen berterusan kerajaan memperkukuh sistem pendidikan negara dan kebajikan warga pendidik. Perdana Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mujahid santuni ahli Amanah, tekankan politik matang dan rahmah

Mujahid santuni ahli Amanah, tekankan politik matang dan rahmah

RM230 juta bagi Skim PADURI MADANI, sasar lahir 29,000 usahawan wanita B40

RM230 juta bagi Skim PADURI MADANI, sasar lahir 29,000 usahawan wanita B40

BN Johor beri isyarat pertandingan tiga penjuru PRN dan PRU – Suhaizan

BN Johor beri isyarat pertandingan tiga penjuru PRN dan PRU – Suhaizan

Muzakarah ulama seru agenda “Tajdid Siyasi Malaysia” demi politik lebih harmoni

Muzakarah ulama seru agenda “Tajdid Siyasi Malaysia” demi politik lebih harmoni

Anwar dijangka gegar Puteri Wangsa pada ceramah perdana PH esok

Anwar dijangka gegar Puteri Wangsa pada ceramah perdana PH esok

Kerajaan MADANI perkasa pendidikan, utamakan ilmu dan nilai kemanusiaan

Kerajaan MADANI perkasa pendidikan, utamakan ilmu dan nilai kemanusiaan