Sejambak Kasih Gawai Miri 2025 ringankan beban 1,134 penerima bantuan

MIRI – Seramai 1,134 penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Miri menerima sumbangan sempena Majlis Sejambak Kasih Gawai Miri 2025 sebagai persiapan menyambut perayaan Hari Gawai Dayak.

Majlis anjuran Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Miri itu bertujuan meringankan beban kewangan penerima bantuan serta membantu meningkatkan kualiti hidup golongan berpendapatan rendah menjelang sambutan perayaan.

Daripada jumlah keseluruhan, seramai 150 penerima hadir menerima sumbangan dalam majlis yang berlangsung hari ini. 

Penerima bantuan masing-masing menerima wang tunai RM100 dan sebuah hamper bernilai RM150 sumbangan pihak korporat Dynasty Hotel Miri.

Sementara itu, seramai 100 penerima menerima sumbangan wang tunai dalam majlis berasingan yang diadakan di Dewan Masyarakat Sepupok Niah pada 16 Mei lalu. 

Baki 884 penerima yang tidak dapat hadir ke mana-mana majlis akan menerima sumbangan secara terus melalui akaun bank masing-masing.

Penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu, Datuk Rosey Yunus.

Beliau berkata, inisiatif itu adalah komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan golongan memerlukan tidak tersisih daripada merasai kegembiraan menyambut Hari Gawai.

Turut hadir Pegawai Pembangunan Masyarakat Bahagian Miri, Doris Dagang serta wakil agensi kerajaan tempatan.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit