Van sekolah terbakar di Taman Tunku, tiada penumpang cedera

MIRI – Sebuah van sekolah dilaporkan terbakar di Jalan Sibu, Taman Tunku, awal pagi tadi, namun tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan dalam insiden tersebut.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 6.43 pagi dan segera mengerahkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral ke lokasi.

“Kebakaran melibatkan sebuah van sekolah yang terbakar ketika berada di tepi jalan. Tiada penumpang berada di dalam van semasa kejadian berlaku,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Operasi diketuai oleh PBK II T/BK I Jupri Shamsudin bersama-sama lima anggota lain, dengan pemantauan Ketua Balai Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba (PKPGB) Bonny Martin di lokasi kejadian.

Pasukan bomba berjaya mengawal api daripada merebak dan memastikan keadaan sekitar selamat.

Punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Related Posts

Young Syefura jumpa polis, JPJ isu pacuan empat roda muatan durian laju

BENTONG – Kebimbangan pengguna jalan raya, khususnya di laluan Mempaga, Bentong terhadap sikap segelintir pemandu kenderaan pacuan empat roda membawa muatan durian yang didakwa memandu secara berbahaya mendapat perhatian Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ziarah Rohani buka ruang hayati sejarah tokoh ulama, agamawan

MARAN – Khazanah berharga para ulama dan tokoh agama kini mendapat nafas baharu menerusi usaha murni Madrasah Raudhah Al-Muhibbin dekat Chenor, di sini, yang giat memelihara ratusan warisan sejarah Islam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Young Syefura jumpa polis, JPJ isu pacuan empat roda muatan durian laju

Young Syefura jumpa polis, JPJ isu pacuan empat roda muatan durian laju

Politik Pas menyerupai Machiavellian, bukan berteraskan Islam -Tun Faisal

Politik Pas menyerupai Machiavellian, bukan berteraskan Islam -Tun Faisal

Ziarah Rohani buka ruang hayati sejarah tokoh ulama, agamawan

Ziarah Rohani buka ruang hayati sejarah tokoh ulama, agamawan

Maritim Sandakan patah cubaan seludup petrol subsidi di Sungai Sabine

Maritim Sandakan patah cubaan seludup petrol subsidi di Sungai Sabine

Subkontraktor dituduh jalankan urus niaga haram, miliki senjata api

Subkontraktor dituduh jalankan urus niaga haram, miliki senjata api

Dua beradik perlu RM120,000 pembedahan implan koklea

Dua beradik perlu RM120,000 pembedahan implan koklea