TH ingatkan bakal jemaah haji hadir ikut masa, rujuk surat jadual penerbangan

LEMBAGA Tabung Haji (TH) menyeru semua bakal jemaah haji Malaysia agar sentiasa merujuk surat jadual penerbangan masing-masing dan hadir tepat pada masa yang telah ditetapkan bagi melancarkan urusan keberangkatan ke Tanah Suci.

Timbalan Pengarah Gerakan Operasi Haji Tanah Air TH, Mohamed Ameen Abdul Wahab, menekankan bahawa kepatuhan terhadap maklumat seperti tarikh, waktu dan lokasi melapor diri yang tercatat dalam surat penerbangan adalah sangat penting untuk memastikan operasi penghantaran jemaah berjalan dengan teratur dan tanpa gangguan.

“Amat penting sekali untuk merujuk surat jadual penerbangan. Di situ telah ditetapkan tarikhnya, tempat melapor diri dan juga waktu. Saya minta semua bakal-bakal haji rujuk surat itu betul-betul dan datanglah tepat pada waktunya ataupun awal sedikit, insya-Allah, untuk memudahkan,” katanya memetik laporan Bernama ketika ditemui di Stesen Berlepas TH di Hotel Movenpick, di sini semalam.

Beliau turut menasihatkan jemaah agar menjaga kesihatan mereka kerana ibadah haji merupakan ibadah yang memerlukan kekuatan fizikal yang tinggi.

Jemaah juga dinasihatkan membawa bekalan ubat sendiri dan memastikan mereka berada dalam keadaan sihat sebelum berangkat.

“Haji ini banyak melibatkan fizikal, maka kesihatan kita kena mantap… bawa bekalan ubat, jangan terlupa supaya bila pergi ke sana (Tanah Suci) tu kita sihat dan dapat mengerjakan ibadat dengan baik,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamed Ameen memberi jaminan bahawa kebajikan para jemaah akan sentiasa dijaga dengan kehadiran petugas TH sepanjang perjalanan — dari stesen berlepas sehinggalah tiba di Tanah Suci.

“Jangan risau, petugas-petugas kami ada di sana untuk menjaga tuan-puan. Di sini kami menjaga tuan sehingga kapal terbang berlepas, bila sampai di sana, buka sahaja pintu, ada rakan-rakan kami di sana untuk menjaga,” katanya.

Setakat ini, sebanyak 40 kumpulan penerbangan (KT) melibatkan 12,030 jemaah telah selamat tiba di Madinah dan baki 19,570 orang lagi akan berlepas dalam tempoh terdekat dari pelbagai lokasi di seluruh negara.

Bagi musim haji tahun ini, Tabung Haji telah menetapkan lapan lokasi stesen berlepas bagi kemudahan para Jemaah untuk melapor diri, antaranya di Sepang (Selangor), Alor Setar (Kedah), Kota Bharu (Kelantan), Kuala Terengganu (Terengganu), Bayan Lepas (Pulau Pinang), Senai (Johor), Kuching (Sarawak) dan Kota Kinabalu (Sabah).

Semua jemaah akan dikumpulkan di Pagar C17, Balai Pelepasan KLIA sebelum menaiki penerbangan ke Madinah atau Makkah.

Untuk mempercepatkan proses ketibaan di Arab Saudi, kerajaan turut melaksanakan inisiatif ‘Makkah Route’ yang membolehkan urusan visa, kastam dan imigresen diselesaikan lebih awal di KLIA, sekali gus mempermudah proses ketibaan jemaah di Tanah Suci.

Related Posts

Unit K9 benteng negara kesan aktiviti penyeludupan di Pusat Kargo KLIA
  • AdenAden
  • August 18, 2026

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa kini menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan Hidupan Liar (K9) bagi mengesan aktiviti penyeludupan di Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabang Sepang (KLIA) dekat sini. Penggunaan khidmat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mansuh AUKU lembaran baharu buat mahasiswa, segera laksana atau hanya sekadar janji di atas kertas

PUTRAJAYA – Pengumuman kerajaan untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) disifatkan sebagai satu perkembangan bersejarah yang membuka lembaran baharu kepada perjuangan demokrasi kampus dan autonomi mahasiswa di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan kelirukan Orang Asli dengan istilah ‘tanah adat’ – Sultan Pahang

Jangan kelirukan Orang Asli dengan istilah ‘tanah adat’ – Sultan Pahang

Unit K9 benteng negara kesan aktiviti penyeludupan di Pusat Kargo KLIA

  • By Aden
  • August 18, 2026
Unit K9 benteng negara kesan aktiviti penyeludupan di Pusat Kargo KLIA

Jangan jadikan pendidikan bahan bakar perkauman, Ahli Parlimen Miri tempelak Ridhuan Tee

Jangan jadikan pendidikan bahan bakar perkauman, Ahli Parlimen Miri tempelak Ridhuan Tee

Rokok, arak seludup bernilai RM2.52 juta berjaya dirampas di tiga rumah berasingan

Rokok, arak seludup bernilai RM2.52 juta berjaya dirampas di tiga rumah berasingan

Mansuh AUKU lembaran baharu buat mahasiswa, segera laksana atau hanya sekadar janji di atas kertas

Mansuh AUKU lembaran baharu buat mahasiswa, segera laksana atau hanya sekadar janji di atas kertas

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang