Wanita perlu jadi penggerak utama, bukan lagi watak sokongan – Nurul Izzah

IPOH – Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menegaskan bahawa sudah tiba masanya wanita memainkan peranan sebagai penggerak utama dalam parti, dan bukan sekadar watak sokongan.

Tekad itu menjadi antara pendorong utama beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR bagi penggal 2025-2028, setelah hampir dua dekad bersama perjuangan parti.

“Saya ambil keputusan ini kerana sayangkan perjuangan ini. Selama ini wanita sering dilihat hanya memainkan peranan sampingan, tetapi kini saya mahu wanita menjadi penggerak utama.

“Saya bertekad untuk menggunakan kekuatan dan kebijaksanaan wanita bagi menyatukan hati seluruh anggota parti,” katanya ketika berucap dalam Program Temu Rapat Akar Umbi Bersama Nurul Izzah di sebuah hotel di Ipoh, Perak, malam tadi.

Perak menjadi negeri pertama yang dikunjungi Nurul Izzah selepas beliau mengumumkan hasrat bertanding bagi jawatan nombor dua dalam PKR.

Kehadiran beliau disambut lebih 1,000 hadirin termasuk pimpinan PKR negeri, ketua cabang dan pemimpin akar umbi.

Turut hadir ialah Pengerusi PKR Perak, Mohamad Hairul Amir Sabri; Timbalan Pengerusi, Mohd Azlan Helmi dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak, Zaim Sidqi Zulkifly.

Dalam ucapannya, Nurul Izzah turut menyeru agar seluruh ahli parti memperkukuh jentera serta membawa agenda yang benar-benar menyentuh keperluan rakyat.

Beliau juga menyifatkan pencalonannya sebagai satu penghormatan besar dan amanah yang perlu digalas dengan penuh tanggungjawab, apatah lagi dengan sokongan yang diterima daripada Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim, yang bertindak sebagai pencadang rasmi.

Mengenang kembali permulaan karier politiknya, Nurul Izzah mengakui beliau memulakannya dalam keadaan serba kekurangan.

“Saya ini sebenarnya seorang yang pemalu, tetapi saya gagahkan diri juga kerana perjuangan ini menuntut pengorbanan,” katanya.

Tegasnya, kekuatan sebenar parti terletak pada semangat setiakawan serta keberanian untuk mendengar dan menghormati suara akar umbi.

Pemilihan PKR kali ini menyaksikan Nurul Izzah bakal mencabar penyandang jawatan Timbalan Presiden, Datuk Seri Rafizi Ramli.

Related Posts

Kenaikan gaji minimum perlu seiring kos sara hidup, kemampuan majikan

PUTRAJAYA – Belanjawan 2027 harus dijadikan peluang kepada kerajaan Persekutuan beralih arah daripada pendekatan yang hanya menetapkan gaji minimum, kepada strategi lebih menyeluruh merangkumi gaji minimum, gaji progresif, gaji kehidupan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRN Melaka 14 November, penamaan calon 31 Oktober

MELAKA – Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 akan berlangsung pada 14 November ini, manakala hari penamaan calon ditetapkan pada 31 Oktober. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kenaikan gaji minimum perlu seiring kos sara hidup, kemampuan majikan

Kenaikan gaji minimum perlu seiring kos sara hidup, kemampuan majikan

Lelaki cedera ditumbuk ketika operasi penguatkuasaan di Lubuk Tambangan

Lelaki cedera ditumbuk ketika operasi penguatkuasaan di Lubuk Tambangan

PRN Melaka 14 November, penamaan calon 31 Oktober

PRN Melaka 14 November, penamaan calon 31 Oktober

Kerajaan kekal dengan SST, hanya serap elemen baik GST

Kerajaan kekal dengan SST, hanya serap elemen baik GST

Ahmad Murad dilantik penyelaras DUN Tahan

Ahmad Murad dilantik penyelaras DUN Tahan

UNIMAS raih dua anugerah pada Digital Economy Awards 2026

UNIMAS raih dua anugerah pada Digital Economy Awards 2026