Pengunjung Program MADANI Rakyat teruja, MOSTI bawa ‘jelajah’ angkasa

TAWAU – Keceriaan dan keterujaan jelas terpancar pada wajah para pengunjung Program MADANI Rakyat (PMR) Sabah apabila Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) membawa mereka meneroka angkasa lepas menerusi realiti maya (VR).

Seorang pengunjung, Saidatul Nurdin, 30-an, berkata, inisiatif itu amat penting untuk mendidik generasi muda dalam pendidikan STEM.

“Tadi apa yang saya nampak adalah angkasa, dan di situ saya rasa seperti mengembara ke angkasa lepas, memang teruja juga.

“Bukan sahaja untuk pelajar, kita yang dewasa pun mahu tahu dan dapat melihat planet-planet ini untuk menambah ilmu,” katanya kepada wartawan The Malaysia Press, pada Sabtu.

Bagi Khairunnisa Zahra Mohd Abdul, 8, tujuannya hadir bersama bapanya adalah untuk melihat sendiri aktiviti yang dijalankan di reruai STEM dan AI (Kecerdasan Buatan).

“Saya sangat seronok kerana banyak pengalaman berkaitan AI dan sebelum ini saya tidak tahu apa itu AI.

“Tadi saya melihat angkasawan dan semuanya menceritakan pengalaman di luar sana tentang planet seperti Zuhrah dan Musytari,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Kanan Planetarium Negara MOSTI, Nurul Aswad Sulaiman berkata, melalui VR, pengunjung didedahkan dengan astronomi dan penerokaan angkasa lepas.

“Kami bawa VR ini kerana pelajar belajar Sains, terutama di sekolah rendah.

“Kami cuba bantu mereka agar lebih faham dan kenali sistem suria, iaitu lapan planet dan matahari.

“Pada masa yang sama, mereka juga menganggap diri mereka seolah-olah seperti angkasawan,” ujarnya.

Seorang guru Sekolah Kebangsaan (SK) Berantian, Nicholas, yang turut terlibat dalam reruai STEM dan AI, menyeru agar lebih ramai pelajar hadir ke PMR.

“Di sini kami memberi pendedahan melalui ‘The Lab’, dan di dalamnya mereka boleh memahami serta berinteraksi dengan konsep fizik dan sains melalui VR,” katanya.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP