Politik kebencian bantutkan pembangunan sukan

APA yang dapat kita pelajari daripada keresahan rakyat Malaysia ketika menunggu pingat pertama dituai pada temasya Olimpilk Paris 2024 yang sedang berlangsung ini?

Jawapannya mudah – siapapun seseorang itu, apapun bangsanya, selagi dia itu rakyat negara ini, sumbangannya dalam mengharumkan nama negara sangat dialu-alukan.

Adakah kata-kata itu terlalu retorik? Tidak, bahkah itulah sebenarnya yang kita tagih daripada semua atlet negara apatah lagi saiz kontinjen kita terlalu kecil berbanding negara ‘gergasi sukan antarabangsa’ .

Dalam keadaan sedemikian, apa warna pingat itu tidak lagi menjadi suatu perkara yang diperhitungkan sekali pun sasaran kita tentunya warna keemas-emasan.

Oleh sebab itu, kita tentulah sangat gembira apabila awal malam tadi pemain badminton perseorangan – Lee Zii Jia menyambar pingat gangsa melalui kejayaannya menumbangkan Lakshya Sen dengan catatan 13-21; 21-16; 21-11.

Pungutan itu merupakan pingat kedua untuk negara kita setelah beregu Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menamatkan kemarau pingat malam sebelumnya dengan menumpaskan pasangan Denmark yang berada pada ranking kedua dunia.

Tentunya pada baki hari temasya kita berterusan mengharapkan ada lagi kilauan pingat dan jika boleh warnanya berlainan, tanpa mengira siapa atlet itu dan apa bangsanya.

Cuma, ada satu nasihat peminat sukan kepada pihak yang mengacau-bilaukan negara ini dengan politik kebencian, cukup-cukuplah berperangai begitu.

Rakyat sudah muak menyaksikan kerenah anda!

Rakyat pada umumnya ingin menikmati kehidupan yang lebih baik, melihat negara ini stabil, aman, makmur, bersatu padu, dan semua bidang berada di landasan kecemerlangan termasuklah bidang sukan.

Jangan bantutkan pembangunan sukan dengan sikap keji anda yang berterusan memercikkan api kebencian. Ingatlah, hanya politik budiman diperlukan!

Related Posts

Ekonomi MADANI: Bukan sembang kosong atas kertas

BERDASARKAN laporan global, ketika ini dunia masih bergelut dengan krisis tenaga global, ketidaktentuan geopolitik dan pertumbuhan ekonomi yang kekal perlahan. Namun Malaysia di bawah pimpinan Anwar Ibrahim memilih pendekatan berbeza.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kawalan pergerakan menteri antara langkah tangani krisis tenaga

Kawalan pergerakan menteri antara langkah tangani krisis tenaga

Pengurusan dana kemanusiaan perlu diperketatkan elak salah guna

Pengurusan dana kemanusiaan perlu diperketatkan elak salah guna

Kerajaan fokus tiga pendekatan hadapi gelombang kedua krisis tenaga

Kerajaan fokus tiga pendekatan hadapi gelombang kedua krisis tenaga

Golongan muda wakili 60 peratus permohonan baharu ahli UMNO

Golongan muda wakili 60 peratus permohonan baharu ahli UMNO

Kutipan dana kemanusiaan perlu dikawal elak penyelewengan

Kutipan dana kemanusiaan perlu dikawal elak penyelewengan

Microsoft Elevate lahir 80,000 peserta mahir AI

Microsoft Elevate lahir 80,000 peserta mahir AI