Isu Palestin: Pembangkang meroyan tahap ‘gaban’

SIKAP sebenar pembangkang khususnya Pas dan Bersatu dalam membela Palestin terzahir secara alamiah ketika Kerajaan Perpaduan menghimpunkan rakyat bersolidariti di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad (4 Ogos 2024) lalu.

Wajah hodoh, busuk hati, dan talam dua muka mereka menepati ungkapan peribahasa Melayu – “Bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru”.

Dua hari sebelum himpunan itu berlangsung, Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) – Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan keikhlasan Kerajaan Perpaduan membela rakyat Palestin.

Sinar Harian pada 2 Ogos 2024 melaporkan, Ahli Parlimen Pasir Mas itu mengecam kerajaan membenarkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersama-sama Amerika Syarikat dan Israel menjalani Latihan Ketenteraan Maritim Antarabangsa (Rimpac).

Selain mendakwa pemimpin pembangkang tidak menerima undangan ke Himpunan Solidariti Palestin, beliau mengecam kerajaan berkaitan isu pembelian Malaysia Airport Berhad Holding (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP).

Tanpa perasaan bersalah sebaliknya meroyan dan bersikap kebudak-budakan, Ahmad Fadhli melabelkan Kerajaan Perpaduan bersikap talam dua muka dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Walaupun beliau mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Perpaduan atas penganjuran himpunan tersebut, jarum jahat yang mengandungi virus kebencian politik disuntiknya berkali-kali dengan kebencian politik yang tidak berpenghujung.

Beberapa jam sebelum acara di Bukit Jalil bermula, Ketua Pemuda Bersatu Armada – Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, meroyan dan memperlihatkan kebebalannya dengan menyeru orang ramai memboikot acara tersebut.

Dalam satu klip video, beliau yang digelar Mat Jargon dan ketika itu dikatakan berada di Qatar melemparkan pelbagai tuduhan politik kepada kerajaan sedangkan program di Bukit Jalil itu langsung tidak berkaitan pun dengan kegiatan kepartian.

Sangat jelas bahawa Mat Jargon dan rakan seblok politiknya – Ahmad Fadhli Shaari, gagal menguruskan diri mereka sebagai seorang saudara seagama dengan diri mereka sebagai ahli politik kepartian.

Mereka gagal memahami hakikat bahawa dalam isu membela nasib rakyat Palestin yang ditindas rejim Zionis, semua rakyat negara ini tanpa mengira perbezaan sosial, bangsa, dan agama wajib bersatu padu dan berjiwa besar.

Hal itu selaras dengan ucapan Perdana Menteri – Datuk Seri Anwar Ibrahim, himpunan berkenaan merupakan suara hati rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, dan status sosial, yang tidak suka kekejaman ditimpakan ke atas rakyat Palestin.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Machang itu masih lagi tampil dengan wajah bebal dan naif, antaranya, melabelkan kerajaan hipokrit atas alasan masih meneruskan penjualan saham MAHB kepada GIP.

Mat Jargon meroyan tanpa boleh dirunding!

Tingkah laku tidak beradab pemimpin pembangkang kian menjadi ikutan sebahagian generasi baharu dan perkara itu terbukti apabila seorang penyokong muda Perikatan Nasional “disekolahkan” oleh aktivis Pakatan Harapan – Iswardy Morni.

Anak muda tersebut yang membuat siaran melalui media sosialnya dengan melarang orang ramai pergi ke Bukti Jalil pada malam itu telah diterjah oleh Iswardy Morni di pekarangan stadium berkenaan.

Tergagap-gagap budak muda itu menjawab soalan-soalan berhemah Iswardy Morni. Kasihan betul.

Ringkas cerita, pembangkang sedang meroyan tahap gaban!

Related Posts

MINDA TOK ABAH: Memaknai reformasi dalam MADANI

PEMILIHAN Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR 2025 bakal menjadi satu lagi entiti penting bukan sahaja dalam lipatan sejarah politik tanah air, malah bakal menjadi penentu kejayaan mutlak agenda Malaysia MADANI.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kemerosotan prestasi Terengganu dalam SPM akibat permainan politik?

MERUJUK kepada keputusan 50 sekolah terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024, hanya Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Berang dan MRSM Kota Putera sahaja yang tersenarai sebagai wakil dari Terengganu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar kecam sekatan unilateral sebagai tindakan angkuh, seru hormati negara kecil

PM Anwar kecam sekatan unilateral sebagai tindakan angkuh, seru hormati negara kecil

Program Membaca Bersama Datuk Bandar DBKU semai budaya ilmu di SK Gersik

Program Membaca Bersama Datuk Bandar DBKU semai budaya ilmu di SK Gersik

Pesta Tasik Biru 2025 tanda Bau terus maju, sasar pengiktirafan UNESCO

Pesta Tasik Biru 2025 tanda Bau terus maju, sasar pengiktirafan UNESCO

POSKOM Bekenu tarik minat warga emas mohon Kenyalang Gold Card

POSKOM Bekenu tarik minat warga emas mohon Kenyalang Gold Card

Apabila legasi menjadi lobi: Cabaran terhadap institusi undang-undang Malaysia

Apabila legasi menjadi lobi: Cabaran terhadap institusi undang-undang Malaysia

Judicial echo chambers: The quiet power of influence in Malaysia’s legal establishment

Judicial echo chambers: The quiet power of influence in Malaysia’s legal establishment