Kutipan dana kemanusiaan perlu dikawal elak penyelewengan

JOHOR BAHRU – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keperluan untuk memperketatkan peraturan terhadap badan bukan kerajaan (NGO) yang mengutip dana kemanusiaan bagi mengelak daripada berlakunya penyelewengan.

Perdana Menteri berkata, cadangan itu wajar kerana ketika ini semakin banyak kepincangan dan penyalahgunaan wang derma dilaporkan, termasuk oleh pihak yang menggunakan nama Islam.

“Banyak NGO banyak guna nama Islam, kutip dana puluhan juta dan kata nak bantu rakyat Palestin tetapi akhirnya belanjakan harta itu. Sekarang kita dengar kutipan dana khairat dan sebagainya tetapi beli kemudahan peribadi.

“Jadi harus ada peraturan lebih ketat kawal perbelanjaan mana-mana badan kebajikan, khairat, amanah atau yayasan yang kutip derma tetapi seleweng, nak kata rasuah bukan kerana mereka kutip derma secara sah, ada sijil.

“Ada NGO kutip derma RM100 juta, tetapi bantuan yang sampai hanya RM20 juta, selebihnya RM80 juta diambil sebagai kos operasi,” katanya, lapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian pada sesi dialog sempena program Ramah Mesra Bersama Warga Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Pusat Tingkatan 6 di IPG Kampus Temenggong Ibrahim di sini hari ini.

Pada majlis yang dihadiri kira-kira 1,200 pelajar dan tetamu itu, Perdana Menteri turut mengumumkan memperuntukkan sebanyak RM200,000 buat IPG berkenaan.

Hadir sama Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Dalam pada itu, Anwar yang Menteri Kewangan turut menggesa golongan muda negara ini agar celik geopolitik dan memahami realiti semasa sebagai persediaan menghadapi ketidaktentuan ekonomi dan krisis global yang semakin mencabar.

“Anak-anak muda mesti faham fakta dan realiti semasa jangan hanya bergantung kepada maklumat singkat tanpa penelitian, sebaliknya dalami isu termasuk geopolitik kerana ia memberi kesan langsung kepada negara.

“Sikap cepat menghukum atau membuat kesimpulan berdasarkan maklumat singkat adalah tidak sihat dan boleh merosakkan keharmonian masyarakat.

“Ini bukan tanda kematangan atau keilmuan, kita mahu generasi yang berfikir, meneliti dan mempunyai adab dalam berbeza pandangan,” katanya.

Related Posts

Kawalan pergerakan menteri antara langkah tangani krisis tenaga

JOHOR BAHRU – Kerajaan sedang memperhalusi langkah lebih menyeluruh bagi mengurangkan penggunaan tenaga susulan krisis bekalan global, termasuk mempertimbangkan kawalan terhadap pergerakan Jemaah Menteri serta kementerian, kata Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengurusan dana kemanusiaan perlu diperketatkan elak salah guna

JOHOR BAHRU – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pengurusan dana kemanusiaan oleh badan bukan kerajaan (NGO) perlu diperkemas bagi mengelakkan berlakunya salah guna serta penyelewengan. Perdana Menteri berkata, terdapat keperluan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kawalan pergerakan menteri antara langkah tangani krisis tenaga

Kawalan pergerakan menteri antara langkah tangani krisis tenaga

Pengurusan dana kemanusiaan perlu diperketatkan elak salah guna

Pengurusan dana kemanusiaan perlu diperketatkan elak salah guna

Kerajaan fokus tiga pendekatan hadapi gelombang kedua krisis tenaga

Kerajaan fokus tiga pendekatan hadapi gelombang kedua krisis tenaga

Golongan muda wakili 60 peratus permohonan baharu ahli UMNO

Golongan muda wakili 60 peratus permohonan baharu ahli UMNO

Kutipan dana kemanusiaan perlu dikawal elak penyelewengan

Kutipan dana kemanusiaan perlu dikawal elak penyelewengan

Microsoft Elevate lahir 80,000 peserta mahir AI

Microsoft Elevate lahir 80,000 peserta mahir AI