Rekod kehadiran LIMA 2025 dijangka lebih ramai

PUTRAJAYA – Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2025 dijangka menyaksikan nilai perjanjian penjualan aset mengatasi tahun-tahun sebelumnya.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzi berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin semasa Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

“Yang Berhormat Menteri Pertahanan telah memaklumkan bahawa jumlah kehadiran yang dijangkakan adalah lebih besar daripada dua tahun yang lalu.

“Jumlah yang akan ditandatangani bagi apa yang disebut mungkin penjualan tinggi dari segi sales untuk aset-aset itu (penjualan aset juga dijangka lebih tinggi daripada edisi-edisi terdahulu),” katanya.

LIMA 2025 akan berlangsung dari 20 hingga 24 Mei 2025 di Langkawi.

Tema bagi edisi kali ini adalah “Innovate Today, Thrive Tomorrow,” menekankan kepentingan inovasi dalam meningkatkan daya saing industri.

Program ini turut menjadi platform penting untuk perbincangan strategik dan rundingan perdagangan pertahanan antara Malaysia dan negara-negara jiran.

Untuk rekod, LIMA ’23, yang diadakan pada 2023 menyaksikan penyertaan lebih 600 syarikat dari 30 negara, menjadikannya edisi terbesar dalam sejarah acara itu sejak ia mula diperkenalkan pada 1991.

Related Posts

Naratif lapuk Himpunan 1 Mei jejaskan kematangan wacana antirasuah

DALAM keghairahan mengangkat isu rasuah sempena Himpunan Pekerja 1 Mei, sebahagian tuntutan yang dikemukakan dilihat gagal mengambil kira perkembangan semasa, sekali gus menimbulkan persoalan terhadap kerelevanan persepsi yang dimainkan. Antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MINDA TOK ABAH: Tanggungjawab dan keberanian negarawan insani

KITA telah berbicara tentang seorang negarawan yang tidak pernah benar-benar menjauh daripada rakyat. Negarawan yang memahami politik bukan sekadar sebagai permainan kuasa, tetapi sebagai perjalanan panjang yang dibentuk oleh pengalaman.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undi18 kekal ‘king maker’ dalam PRU16

Undi18 kekal ‘king maker’ dalam PRU16

Dari Vietnam ke Sabah, air mata iringi perjuangan suami bawa pulang isteri sakit

Dari Vietnam ke Sabah, air mata iringi perjuangan suami bawa pulang isteri sakit

FAMA laksana intervensi pasaran untuk stabil harga cili merah

FAMA laksana intervensi pasaran untuk stabil harga cili merah

Naratif lapuk Himpunan 1 Mei jejaskan kematangan wacana antirasuah

Naratif lapuk Himpunan 1 Mei jejaskan kematangan wacana antirasuah

MINDA TOK ABAH: Tanggungjawab dan keberanian negarawan insani

MINDA TOK ABAH: Tanggungjawab dan keberanian negarawan insani

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan