Tiada unsur nepotisme dalam PKR

PUTRAJAYA – Tidak wujud isu nepotisme berhubung sokongan pimpinan parti berbagai peringkat terhadap Nurul Izzah Anwar untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden, kata Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata isu seperti itu tidak timbul, kerana Nurul Izzah merupakan salah seorang Naib Presiden parti itu.

“Tidak benar (dakwaan wujud nepotisme).

“PKR meraikan demokrasi dan kita serahkan kepada kebijaksanaan anggota untuk membuat pilihan pemimpin-pemimpin yang mereka rasakan dengan harapan serta aspirasi untuk penggal 2025-2028,” katanya pada sidang media mingguan Mesyuarat Kabinet di Putrajaya, hari ini.

Nurul Izzah sebelum ini mengumumkan akan bertanding jawatan naib presiden dalam pemilihan PKR akan datang, yang dijadualkan pada 24 Mei.

Susulan itu, beberapa pemimpin PKR menyuarakan sokongan kepada Nurul Izzah sebagai calon Timbalan Presiden PKR dengan majoriti bersependapat kepimpinan beliau amat penting untuk masa depan parti.

Dalam kenyataan hari ini, Nurul Izzah berkata beliau akan membuat keputusan terbaik sama ada untuk bertanding jawatan itu berikutan sokongan yang semakin meningkat daripada ahli akar umbi.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli meraikan mana-mana pihak untuk bertanding jawatannya untuk memperkukuhkan lagi parti.

Menteri Ekonomi itu mengulangi bahawa beliau akan mempertahankan kedudukannya dalam pemilihan parti.

PKR mengumumkan proses pencalonan dan pemilihan pucuk pimpinan pusat parti akan diadakan pada 8 dan 9 Mei.

Pengundian Pemilihan Peringkat Pusat dan Perasmian Kongres Nasional PKR 2024/2025 pula akan diadakan pada 23 Mei (Jumaat) manakala Kongres Nasional PKR 2024/2025 pada 24 Mei (Sabtu).

Related Posts

PKR boleh cipta lagi kejutan 2028

AYER KEROH –  PKR mampu mencipta satu lagi kejutan politik pada 2028 berdasarkan sejarah perjuangan parti itu yang menyaksikan perubahan besar berlaku dalam tempoh setiap 10 tahun. Ketua Angkatan Muda…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Jangan sibuk ukur langsir di Putrajaya’ – Fadhlina

AYER KEROH – PKR memberi peringatan terbuka kepada mana-mana pihak agar tidak tergesa-gesa memasang angan-angan untuk mengambil alih tampuk kepimpinan negara ketika kerajaan semasa sedang giat memulihkan negara. Ketua Wanita…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PKR boleh cipta lagi kejutan 2028

PKR boleh cipta lagi kejutan 2028

‘Jangan sibuk ukur langsir di Putrajaya’ – Fadhlina

‘Jangan sibuk ukur langsir di Putrajaya’ – Fadhlina

Strategi penerangan pikat rakyat perlu diubah PKR

Strategi penerangan pikat rakyat perlu diubah PKR

Kerajaan tolak desakan kawal media – Fahmi

Kerajaan tolak desakan kawal media – Fahmi

PKR tidak boleh anggap keresahan rakyat sekadar sentimen – AMK

PKR tidak boleh anggap keresahan rakyat sekadar sentimen – AMK

MCA mahu judi kembali, Pas masih pertahan penyatuan?

MCA mahu judi kembali, Pas masih pertahan penyatuan?