P.Pinang sedia tingkat aspek pelancongan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026

GEORGE TOWN – Kerajaan Pulau Pinang sedang berusaha dalam memperkukuhkan segala aspek pelancongan bagi menyambut kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).

Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Wong Hon Wai berkata, Kerajaan Negeri memberi tumpuan kepada penyelarasan menyeluruh melibatkan kerjasama semua pihak termasuk agensi kerajaan, industri pelancongan dan masyarakat setempat.

“Pendekatan secara menyeluruh atau ‘whole-of-government’ dan ‘whole-of-society’ akan menjadi kunci utama dalam memastikan kejayaan kempen nasional itu yang bakal menjadi pemangkin pemulihan dan pertumbuhan sektor pelancongan pasca pandemik.

“Kami di Pulau Pinang menyambut baik kempen ini dan menyokong penuh pelaksanaannya. Kami percaya pendekatan yang menyeluruh daripada semua pihak akan memastikan TMM2026 menjadi detik kebangkitan pelancongan negara, khususnya Pulau Pinang,” katanya di sini pada Selasa.

Tambah beliau, prestasi beberapa destinasi pelancongan utama di negeri ini menunjukkan trend pemulihan yang kukuh dan meyakinkan.

“Antara yang menyerlah ialah Bukit Bendera – catat 426,308 penumpang bagi suku pertama 2025, melebihi rekod pra-pandemik pada 2019 sebanyak 1.3 peratus.

“Sepanjang minggu Hari Raya Aidilfitri lalu, seramai 44,146 pengunjung menaiki kereta kabel Bukit Bendera, meningkat 3.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu,” ujarnya.

Hon Wai menambah, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) turut mencatat pencapaian membanggakan apabila dinobatkan sebagai lapangan terbang kedua tersibuk di negara ini bagi tahun 2024, selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Setakat Februari tahun ini, sebanyak 320 penerbangan antarabangsa direkodkan setiap minggu, mengatasi paras pra-pandemik sebanyak 284 penerbangan.

“Kekerapan penerbangan yang semakin meningkat ini jelas membuktikan keyakinan syarikat penerbangan global terhadap Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan antarabangsa yang utama,” katanya.

Jelas beliau lagi, Pulau Pinang mencatatkan peningkatan ketara dalam sektor penginapan dengan ketibaan 8.24 juta tetamu hotel pada tahun 2024.

“Jumlah itu meningkat 13.3 peratus berbanding tahun sebelumnya. Sebanyak 2,200 bilik hotel baharu ditambah antara suku pertama 2024 hingga suku pertama 2025.

“Antara tarikan baharu yang diperkenalkan termasuk Gurney Bay, Escape Theme Park, taman bioluminescent pertama di dunia, Entopia by Night dan Galeri Sejarah Pulau Pinang.

“Selain itu, beberapa projek pelancongan utama sedang dalam pelbagai peringkat pelaksanaan seperti Penang Waterfront Convention Centre (PWCC), Galeri Warisan Arkeologi Guar Kepah, dan Muzium Negeri,” katanya.

Mengulas mengenai cabaran sedia ada, Hon Wai berkata, Kerajaan Negeri memberi perhatian serius terhadap isu penyelenggaraan, kebersihan dan akses kemudahan di lokasi pelancongan, selain menggalakkan digitalisasi melalui aplikasi pelancongan pelbagai bahasa dan kaedah pembayaran tanpa tunai.

“Dalam keghairahan kita menarik lebih ramai pelawat, kelestarian tetap menjadi keutamaan. Kita mesti pastikan alam sekitar dan warisan budaya kita terpelihara untuk generasi akan datang.

“Semua pihak perlu berganding bahu bagi menjayakan kempen TMM2026 yang akan dilancarkan secara rasmi di peringkat kebangsaan. Pelaburan dalam projek-projek infrastruktur seperti sistem LRT, naik taraf lapangan terbang dan laluan pesisir pantai akan memberi impak besar dalam jangka panjang,” katanya.

Tambah beliau, Pulau Pinang bersedia memainkan peranan penting sebagai penyumbang utama kepada kejayaan TMM2026.

“Dengan sokongan semua pihak, kita mampu mengangkat semula nama Malaysia di pentas pelancongan dunia,” katanya.

Related Posts

Kolaborasi Tourism Malaysia dan Cats FM rancakkan pelancongan Sarawak

KUCHING – Tourism Malaysia dengan kerjasama stesen radio Cats FM sukses menganjurkan program Miss SHOPhia Shopping Hunt 2026 bagi mempromosikan pelancongan domestik dan merancakkan sektor peruncitan di Sarawak.   Program interaktif…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan, RM1.5 bilion dana permulaan

SIBU – Sebuah badan khas dikenali sebagai Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan dengan dana permulaan sebanyak RM1.5 bilion bagi memperkukuh pertumbuhan ekonomi Sibu dan zon tengah Sarawak. Premier Sarawak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor