Albanese pertahan kerusi Grayndler, Hannah Thomas curi tumpuan

PERDANA Menteri Australia, Anthony Albanese, berjaya mempertahankan kerusinya di kawasan Parlimen Grayndler dalam Pilihan Raya Persekutuan Australia 2025.

Berdasarkan keputusan sementara sehingga jam 11.00 malam pada 3 Mei 2025, penyandang dari Parti Buruh itu meraih 38,240 undi, bersamaan 54.61 peratus daripada jumlah undi sah – meningkat 0.62 peratus berbanding pilihan raya terdahulu.

Tumpuan turut terarah kepada calon Parti Hijau, Hannah Thomas, yang merupakan anak kepada bekas Peguam Negara Malaysia, apabila mencatat lonjakan sokongan dengan 17,400 undi (24.85%), meningkat 3.80 peratus dan berada di tempat kedua.

Sementara itu, calon Parti Liberal, David Smallbone, mencatat kemerosotan apabila hanya menerima 9,460 undi (13.51%), turun 3.64 peratus. Calon One Nation, Rodney Smith, memperoleh 2,078 undi (2.97%), manakala calon bebas David Bradbury meraih 1,851 undi (2.64%).

Pilihan raya kali ini menyaksikan saingan lebih sengit khususnya dalam kalangan parti pembangkang, namun kelebihan nama dan rekod perkhidmatan terus memihak kepada Albanese di kubu kuatnya.

Related Posts

Lapangan terbang utama Jakarta ditutup susulan letusan Gunung Anak Krakatau

JAKARTA – Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, dekat sini ditutup sementara hari ini selepas abu gunung berapi daripada letusan Gunung Anak Krakatau dikesan di kawasan lapangan terbang itu menyebabkan 209 penerbangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS, Iran perlu kembali ke meja rundingan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggesa Amerika Syarikat (AS) dan Iran menghentikan tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan serta segera kembali ke meja rundingan. Beliau berkata, peningkatan ketegangan antara kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar