MPT, penduduk Tawau disaran wujud kemudahan, produk pelancongan tarik pelancong antarabangsa

TAWAU – Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dan penduduk setempat disaran mewujudkan lebih banyak kemudahan dan produk pelancongan berkualiti dalam merancakkan lagi usaha menarik pelancong antarabangsa ke daerah ini. 

Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat), Tan Sri Liew Yun Fah berkata, sinergi ini amat penting bagi mempromosi Tawau sebagai destinasi pilihan di Pantai Timur Sabah selain Semporna. 

“Pelancong China tidak datang untuk ke hotel tujuh atau lima bintang sebaliknya mahu merasai sendiri kehidupan kampung, makanan tempatan dan budaya kita. 

“Oleh itu, seperti yang pernah diuarkan oleh kerajaan dan kalau penduduk kampung dapat membangun rumah inap dan produk pelancongan lain, saya percaya memang menarik pelancong yang lebih ramai lagi dalam jangka masa terdekat.

“Saya minta kalau boleh MPT juga memainkan peranan carikan tempat-tempat khusus yang sesuai untuk membina gerai-gerai makan (food court) seperti di Pulau Pinang atau di Johor di mana kita nampak yang boleh menarik pelancong untuk datang ke tempat kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyambut ketibaan 186 pelancong yang tiba di Lapangan Terbang Tawau dengan penerbangan sulung AirAsia dari Macau, China kira-kira pukul 7.50 malam. 

Liew turut memuji usaha Koordinator Pengusaha pelancongan, Wong Nyuk Lin yang membawa sebahagian pelancong Macau untuk menikmati percutian mereka di Tawau dan Pulau Sebatik. 

“Program ini sudah lama dirancang dan akhirnya telah dilaksana pada hari ini dengan kerjasama AirAsia serta agensi pelancongan di Macau dan apa yang saya harapkan pelancong ini melihat potensi Tawau sebagai destinasi yang wajar dilawati,” katanya. 

Sementara itu, Wong juga menyatakan komitmen memastikan Tawau menjadi hentian pelancong China susulan penerbangan terus dari Macau yang beroperasi setiap Jumaat dan membawa lebih 180 penumpang. 

“Kita bekerjasama dengan Shangpin Tour dari Macau untuk membawa sebahagian pelancong ini ke Tawau selepas ke Semporna dengan menginap di sebuah hotel di Tawau, memasuki Pulau Sebatik dan kawasan luar bandar. 

“Saya harap selepas ini akan lebih ramai lagi pelancong berkunjung ke Tawau,” ujarnya.

Related Posts

Wanita masih menyusukan bayi dicekup positif dadah

SUNGAI PETANI – Seorang wanita yang masih menyusukan bayi berusia empat bulan dicekup ketika melepaskan gian bersama tiga lagi individu di sebuah rumah di sini kelmarin. Suspek berusia 27 tahun…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiada kompromi, Selangor gesa siasatan rapi kes amang seksual guru dan pelajar

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor menzahirkan kekesalan terhadap insiden amang seksual songsang yang didakwa melibatkan seorang guru dan pelajar di sebuah sekolah agama di negeri itu. Exco Hal Ehwal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita masih menyusukan bayi dicekup positif dadah

Wanita masih menyusukan bayi dicekup positif dadah

Tiada kompromi, Selangor gesa siasatan rapi kes amang seksual guru dan pelajar

Tiada kompromi, Selangor gesa siasatan rapi kes amang seksual guru dan pelajar

Beri perhatian serius harga tiket penerbangan Sabah-Kuala Lumpur

  • By Ithma
  • August 19, 2026
Beri perhatian serius harga tiket penerbangan Sabah-Kuala Lumpur

Isu RCI TH perlu ditangani secara tabayyun, jangan main politik persepsi

Isu RCI TH perlu ditangani secara tabayyun, jangan main politik persepsi

Peruntukan Parlimen perlu dikira berdasarkan jumlah pengundi – Syahredzan

Peruntukan Parlimen perlu dikira berdasarkan jumlah pengundi – Syahredzan

Rakyat Malaysia disyaki ‘scammer’ ditahan di Pakistan, PDRM hantar pasukan penyiasat

Rakyat Malaysia disyaki ‘scammer’ ditahan di Pakistan, PDRM hantar pasukan penyiasat