Dari minat ke sentuhan eksklusif, jahitan kulit sumber rezeki utama Zakaria

TAWAU – Bermula hanya dengan minat dan keinginan untuk mencuba, Zakaria Abdul Rahim, 48, kini mampu tersenyum bangga apabila seni jahitan kulit yang diceburinya sejak beberapa tahun lalu menjadi sumber rezeki utamanya.

Sebelum ini, Zakaria hanya menjadi orang tengah yang mengambil pesanan barangan kulit seperti dompet dan menyampaikannya kepada pembekal lain.

Dalam masa sama, dia juga bekerja makan gaji dan menjual kasut kulit secara kecil-kecilan.

Bagaimanapun pada 2016, dia melihat potensi tinggi dalam pasaran barangan kulit seperti dompet dan aksesori.

“Saya mula nampak potensi besar dalam pasaran dompet kulit, tapi bila masih bergantung pada orang lain, saya rasa lambat.

“Dari situ timbul idea, kenapa saya tak buat sendiri?,” katanya semasa ditemui wartawan The Malaysia Press, pada program Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) 2025 Zon Tawau di Majlis Perbandaran Tawau, baru-baru ini.

Seni kraftangan kulit tempatan kian mendapat tempat

Dengan semangat dan keberanian itu, Zakaria akhirnya menawarkan produk kulit dengan jahitan yang kemas dan sentuhan kulit yang halus sejak 2018 sehingga kini.

Bapa kepada lapan anak itu tidak menafikan bahawa kraftangan kulit sentiasa mendapat tempat di hati peminat barangan eksklusif.

“Saya tidak belajar suka-suka sebab saya menjadikan ia punca pendapatan saya sejak 2018 lagi dan saya buat bermula jahit yang asas dan memang bukan mudah awalnya.

“Saya jahit sendiri atau olah sepenuhnya dengan tangan dan dompet itu boleh siap dalam 12 jam atau setengah hari juga,” katanya.

Antara produk kulit yang dijual selain dompet ‘redmoon’ adalah tali pinggang, beg sandang dan lanyard bermula RM100 mengikut jenis produk.

Menurut Zakaria, dia menerima tempahan dari dalam dan luar negeri dan pernah mencapai pendapatan sehingga RM9,000 sebulan.

Katanya, kelebihan memiliki produk berasaskan kulit ini adalah disebabkan kualitinya dan masih bernilai sekiranya dijual semula.

“Kita punya produk ini pertama sekali dia berasaskan kulit tulen, berkualiti dan original dari pembekal, kita tidak was-was dan memang lama kita pakai.

“Kedua, produk ini seni tinggi iaitu cara kita membentuk satu produk itu dan memang masih mahal harganya jika kita mahu jual semula pada orang lain,” ujarnya.

Impian sampai ke pasaran global

Jelas Zakaria, selain mengikuti program jualan keusahawanan anjuran kementerian pada suatu program tertentu, dia juga aktif dalam mempromosi dan berjualan produk ini di pasar malam Tawau atau Bazar Ramadan sebelum ini.

“Selain memasarkan produk saya secara fizikal, saya juga menjual dari dalam talian dan melalui media sosial terutama Facebook iaitu ‘Zack Jaguar Apachie’ agar mereka boleh membuat tempahan dan melihat hasil-hasil lain.

“Harapan saya semoga usaha berniaga produk kulit ini akan lebih maju Insya-Allah berkembang lagi sebab saya percaya bukan sahaja orang lelaki, wanita pelbagai peringkat umur pun banyak yang sudah tahu tentang kualiti kulit ini,” ujarnya.

Related Posts

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

JERANTUT – Warga FELDA Jengka 24 memperkukuh semangat patriotisme apabila sekali lagi menyasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang sempena sambutan bulan kemerdekaan, tahun ini. Ketua Peneroka FELDA Jengka 24, Razak Daud…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

KUCHING – Kerajaan Sarawak melancarkan Platform Infrastruktur Sovereign AI bagi memperkukuh sistem pengurusan dan perlindungan data strategik kerajaan, sekali gus mempercepatkan capaian perkhidmatan kepada rakyat. Premier Sarawak, Tan Sri Abang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan

Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian