Penandaan harga ubat langkah lindungi pengguna, lebih mampu milik buat semua

PUTRAJAYA – Kerajaan MADANI melaksanakan Perintah Penandaan Harga bagi ubat-ubatan sebagai langkah memperkukuh ketelusan harga selain memastikan rakyat tidak lagi terbeban dengan kos rawatan di fasiliti kesihatan swasta serta farmasi komuniti.

Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, Young Syefura Othman berkata,  pelaksanaan dasar di bawah Akta Farmasi 1951 (Akta 723) ini sebagai tindakan progresif yang seimbang antara kepentingan industri dan kebajikan pengguna.

“Langkah tersebut penting untuk meningkatkan ketelusan harga, melindungi hak pengguna serta memastikan akses kepada ubat-ubatan yang lebih adil dan mampu milik untuk semua.

“Paparan harga ubat secara terbuka membolehkan pengguna membuat pilihan yang lebih bijak, mengelak bayaran berlebihan serta menggalakkan persaingan sihat dalam kalangan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), hari ini.

Mengulas kebimbangan daripada pemain industri, Young Syefura memberi jaminan kerajaan akan memantau pelaksanaan dasar ini secara berfasa dalam tempoh tiga bulan pertama dan menjalankan sesi libat urus berterusan bersama pemegang taruh.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bentong berkata, langkah yang diambil adalah usaha Kerajaan MADANI dalam memastikan dasar kesihatan yang telus, saksama dan berpaksikan kebajikan rakyat.

“Saya memahami kebimbangan pihak industri, namun kerajaan akan sentiasa memantau pelaksanaan dasar ini secara berfasa selama tiga bulan dan melaksanakan sesi libat urus bersama pihak industri dan pemegang taruh yang berkaitan bagi menilai impak sepanjang tempoh pelaksanaan.

“Ini adalah langkah yang adil dalam menyeimbangi kepentingan industri dan kebajikan rakyat dengan memastikan ubat kekal mampu milik tanpa menjejaskan pertumbuhan sektor farmaseutikal,” katanya.

Terdahulu, semua jenis ubat yang dijual atau dibekalkan di farmasi komuniti serta fasiliti kesihatan swasta diwajibkan mempunyai penandaan harga bermula 1 Mei 2025.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali menyatakan bahawa langkah itu adalah sebahagian daripada pelaksanaan Mekanisme Ketelusan Harga Ubat (MKHU).

Sementara itu, Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Datuk Dr Kalwinder Singh Khaira menyeru kerajaan mencari kaedah holistik dalam menyelesaikan isu yuran pengamal perubatan am (GP) terlebih dahulu, berbanding mengutamakan dasar mewajibkan penandaan harga ubat di farmasi komuniti serta fasiliti kesihatan swasta.

Katanya, isu yuran GP yang telah ditetapkan merupakan isu yang sudah berlarutan yang jumlahnya tidak berubah sejak lebih daripada 30 tahun.

“Kebanyakan doktor agak kecewa dengan pelaksanaan dasar terbabit, dengan apa yang disifatkan MMA sebagai penguatkuasaan berlebihan di bawah undang-undang bukan berkaitan perubatan.

“Dengan mengambil kira semua isu yang masih belum diselesaikan ini, MMA berharap kerajaan menghentikan (sementara) pelaksanaan mempamerkan harga ubat di klinik swasta bagi memberi ruang perbincangan dan penyelesaian menyeluruh terhadap kebimbangan dibangkitkan.

“Ini termasuk keperluan mendesak untuk semakan semula yuran GP serta perbincangan lanjut mengenai mekanisme dan skop dasar paparan harga ubat,” katanya.

Related Posts

PRN Johor: Anak muda pulanglah mengundi pada 11 Julai nanti

MUAR – Pengundi khususnya anak muda yang berada di luar negeri termasuk di Singapura, digesa pulang menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 11 Julai ini. Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengundi PRN Johor diingatkan waspada taktik sabotaj digital, akaun palsu

MUAR – Pengundi diingatkan agar sentiasa berwaspada dengan taktik sabotaj digital berikutan terdapat cubaan mewujudkan akaun palsu menggunakan wajah calon untuk menyebarkan fitnah sepanjang tempoh kempen bagi Pilihan Raya Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki 40 tahun ditahan positif dadah di Kabong

Lelaki 40 tahun ditahan positif dadah di Kabong

Golongan wanita digalakkan main peranan besar bentuk masa depan sukan negara

Golongan wanita digalakkan main peranan besar bentuk masa depan sukan negara

WBS perkasa wanita melalui bengkel kemahiran, fokus jana pendapatan dan pembangunan komuniti

WBS perkasa wanita melalui bengkel kemahiran, fokus jana pendapatan dan pembangunan komuniti

Portugal mara ke pusingan 16, kalahkan Croatia 2-1

Portugal mara ke pusingan 16, kalahkan Croatia 2-1

Onn Abu Bakar diharap jadi pemangkin kemajuan pertanian DUN Senggarang

Onn Abu Bakar diharap jadi pemangkin kemajuan pertanian DUN Senggarang

Onn Abu Bakar mampu jadi ‘jambatan’ antara Senggarang dan Parlimen

Onn Abu Bakar mampu jadi ‘jambatan’ antara Senggarang dan Parlimen