Kerajaan MADANI tambah kategori barangan dalam senarai SARA

PRIHATIN dengan suara rakyat serta hasil maklum balas majoriti penerima, Kerajaan MADANI memperluas dan menambah kategori barangan boleh dibeli menerusi bantuan Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bermula hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perluasan kategori barangan itu melibatkan produk kebersihan rumah seperti sabun atau serbuk pencuci pakaian, pinggan mangkuk dan lantai, menjadikan kategori barangan berdaftar di bawah SARA meningkat kepada 14.

Barangan lain dibenarkan sebelum ini termasuk pelbagai barangan makanan asas, kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan.

“Kerajaan MADANI sentiasa mendengar suara rakyat demi memastikan kelangsungan hidup mereka terus terbela.

“Perluasan kategori barangan dibenarkan di bawah SARA adalah hasil maklum balas daripada majoriti penerima. Arakian, kerajaan bertindak segera untuk melaksanakannya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan dikeluarkan Kementerian Kewangan hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan akan terus menambah baik pelaksanaan program SARA dari semasa ke semasa demi kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan sama memaklumkan lebih 3.9 juta penerima SARA mula menggunakan MyKad untuk membeli barangan asas dari kedai yang berdaftar sepanjang April.

“Sambutan sangat menggalakkan apabila 72 peratus daripada jumlah 5.4 juta penerima SARA mula berbelanja menggunakan MyKad dalam bulan pertama pengkreditan SARA.

“Penerima SARA ditingkatkan daripada 700,000 kepada 5.4 juta mulai April,” menurut kenyataan itu.

Pada masa sama, bilangan kedai runcit dan pasar raya berdaftar di bawah SARA mencecah lebih 3,700 buah di seluruh negara berbanding 700 tahun lepas, dan bilangan kedai runcit akan terus ditambah bagi memastikan terdapat kedai SARA berdekatan dengan tempat tinggal penerima.

Kementerian Kewangan juga memaklumkan dari segi prestasi pelaksanaan SARA hingga 29 April lepas, peratus tertinggi penerima membuat pembelian SARA melalui MyKad adalah di Sabah dengan 84 peratus, diikuti Perlis (82 peratus), Kedah (80 peratus), Wilayah Persekutuan Labuan (79 peratus) dan Kelantan (78 peratus).

“Kadar maksimum SARA diterima tahun ini adalah hingga RM2,100 berbanding RM1,200 pada tahun lepas, peningkatan 75 peratus.

“Pembelian SARA boleh dibuat sepanjang tahun dan baki kadar atau kredit bulanan SARA akan dibawa ke bulan seterusnya hingga 31 Disember,” menurut kenyataan itu.

Related Posts

JPM: Azam Baki kekal sah dalam Lembaga Penasihat NFCC hingga 2027

PUTRAJAYA – Tan Sri Azam Baki kekal sebagai anggota Lembaga Penasihat Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) sehingga 19 September 2027 berdasarkan pelantikan yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRN Johor: Anak muda pulanglah mengundi pada 11 Julai nanti

MUAR – Pengundi khususnya anak muda yang berada di luar negeri termasuk di Singapura, digesa pulang menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 11 Julai ini. Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JPM: Azam Baki kekal sah dalam Lembaga Penasihat NFCC hingga 2027

JPM: Azam Baki kekal sah dalam Lembaga Penasihat NFCC hingga 2027

Kutipan hasil Pahang meningkat, catat lebih RM700 juta hingga Jun

Kutipan hasil Pahang meningkat, catat lebih RM700 juta hingga Jun

Lelaki 40 tahun ditahan positif dadah di Kabong

Lelaki 40 tahun ditahan positif dadah di Kabong

Golongan wanita digalakkan main peranan besar bentuk masa depan sukan negara

Golongan wanita digalakkan main peranan besar bentuk masa depan sukan negara

WBS perkasa wanita melalui bengkel kemahiran, fokus jana pendapatan dan pembangunan komuniti

WBS perkasa wanita melalui bengkel kemahiran, fokus jana pendapatan dan pembangunan komuniti

Portugal mara ke pusingan 16, kalahkan Croatia 2-1

Portugal mara ke pusingan 16, kalahkan Croatia 2-1