Tun Ramli angkat sumpah TYT Pulau Pinang ke-9

GEORGE TOWN – Bekas Menteri Besar Perak, Tun Ramli Ngah Talib mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang kesembilan di Dewan Sri Pinang di sini, hari ini.

Ramli, 84, dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang kesembilan berkuat kuasa pada 1 Mei 2025 bagi tempoh empat tahun hingga 30 April 2029.

Pelantikan Ramli menggantikan Ahmad Fuzi yang menyandang jawatan itu bermula 1 Mei 2021. Istiadat angkat sumpah jawatan di Dewan Sri Pinang, bermula pukul 10 pagi hari ini.

Ramli mengangkat sumpah jawatan dan menandatangani surat sumpah itu dengan disaksikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Rozana Ali Yusoff dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Zulkifli Long.

Majlis angkat sumpah itu diakhiri dengan bacaan doa oleh Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr. Mohd. Sukki Othman.

Terdahulu, Ramli memeriksa barisan kawalan kehormatan yang terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat yang diketuai oleh Mejar Mohd. Solleh Jamal.

Sebanyak 17 das tembakan dilepaskan semasa upacara Kawalan Kehormatan Utama (KKU) menyambut ketibaan Yang Dipertua Negeri oleh Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja.

Turut hadir isteri Ramli, Toh Puan Raja Noora Ashikin Raja Abdullah. Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan barisan kepimpinan negeri.

Related Posts

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan mencabar pihak yang mendakwa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sudah melalui penyiasatan yang secukupnya dan sepenuhnya sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

MUKAH – Kehadiran luar biasa seramai 110,772 pengunjung sepanjang tiga hari Penganjuran Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Mukah membuktikan semangat perpaduan dan keharmonian kaum di bahagian ini berada pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017