Pasukan bola sepak Kedah masih boleh diselamatkan – RADA

PEMINAT dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada anak-anak Kedah masih yakin sukan bola sepak di Kedah masih mampu diselamatkan lagi daripada terkubur.

Walaupun KDA FC masih lagi berhadapan dengan masalah krisis kewangan tetapi dengan cara yang tertentu sukan nombor satu di Kedah itu dapat diselamatkan.

Pengerusi Rangkaian Anak Darulaman Se-Malaysia (RADA), Datuk Romli Ishak, menegaskan bahawa gabungan NGO itu menjelaskan masih ada cara untuk untuk memastikan bola sepak Kedah terus bernafas dan kembali bangkit.

Menurutnya, mereka belum bersedia untuk mendedahkan keseluruhan cara untuk menyelamatkan Kedah Darul Aman (KDA) FC yang dianggap satu kejutan yang bakal diumumkan dalam tempoh terdekat ini.

“Malam ini kita hadir melalui lebih 10 NGO yang kini bergabung pada program ini bersama bekas pemain, jurulatih dan juga kelab penyokong pasukan Hijau Kuning pada hari ini dengan objektif penganjuran untuk menyatakan, keprihatinan bersama mewakili seluruh rakyat Kedah tentang nasib dan hala tuju pasukan Kedah,” katanya pada malam Selasa.

Beliau ditemui pada Majlis Aidilfitri NGO Bersama Penyokong Hijau Kuning dan Bekas Pemain Kedah di Alor Setar.

Romli berkata, usaha sedang giat dilakukan oleh NGO mencari jalan penyelesaian menyelamatkan pasukan, termasuk berbincang dengan pihak berkepentingan.

Beliau turut berkongsi betapa beratnya situasi yang dihadapi pemain apabila ramai yang tidak menerima gaji hingga hampir setahun.

“Ada pemain terpaksa pulang ke negara asal tanpa membawa sebarang hasil selepas tamat liga. Ini sangat memalukan dan tidak seharusnya berlaku kepada pasukan kebanggaan negeri Kedah,” jelasnya.

Tambahnya, terdapat pelan kejutan yang sedang dirangka untuk menyelamatkan pasukan ini, namun perinciannya belum boleh didedahkan sepenuhnya.

“Kami juga sedang berbincang dengan pemilik KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar, untuk mencari penyelesaian terhadap cabaran kewangan yang dihadapi kelab ini, kita berharap ia akan dapat diselesaikan,” ujarnya.

Menurut Romli, menyelamatkan bola sepak Kedah tidak semestinya bergantung kepada struktur pasukan semasa, kerana ada banyak pendekatan lain yang boleh diambil untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak negeri ini.

Terdahulu media melaporkan KDA FC kini menghadapi cabaran besar dengan tunggakan gaji pemain dan pegawai sebanyak RM7 juta, yang perlu diselesaikan sebelum 30 April, menurut syarat yang ditetapkan oleh Malaysian Football League (MFL).

Bagaimanapun mereka boleh menarik nafas lega apabila Jawatankuasa First Instance Body (FIB) bersetuju untuk memberikan lanjutan masa bagi kelab melengkapkan semua dokumen untuk Pelesenan Kelab Kitaran 2024 – 2025 bagi Lesen Kebangsaan di dalam sistem pelesenan AFC CLAS.

Pihak FIB bersetuju untuk menetapkan 10 Mei ini sebagai tarikh akhir bagi kesemua kelab Liga Super melengkapkan dokumentasi pelesenan yang masih belum lengkap.

End.

Related Posts

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

MUKAH – Kebajikan golongan kurang berkemampuan di daerah ini terus terbela apabila 45 individu menerima sumbangan menerusi Program Jelajah Saberkas Prihatin Sarawak Zon Mukah pada Jumaat.  Inisiatif murni bermula seawal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

KALABAKAN – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) digesa menyegerakan proses tender semula projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Kampung Luasong yang bernilai lebih RM30 juta. Ahli Parlimen Kalabakan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman