Kastam Sarawak tumpaskan cubaan seludup 4,080 gram Methamphetamine ke Miri

MIRI – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak berjaya menumpaskan cubaan sindiket pengedaran dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 4,080 gram yang dianggarkan bernilai RM130,560 dalam dua serbuan berasingan di sebuah syarikat kurier. 

Pengarah Kastam Negeri Sarawak Norizan Yahya berkata, rampasan pertama dilakukan pada 24 Mac lalu kira-kira jam 9.30 pagi oleh sepasukan pegawai dari Unit Narkotik JKDM Miri dengan bantuan Anjing Pengesan Dadah (APD) di Eastwood Valley Industrial Park.

“Pemeriksaan ke atas satu kotak bungkusan mendapati dua bungkusan teh mengandungi 2,040 gram Methamphetamine bernilai RM65,280 yang dialamatkan ke sebuah rumah usang tidak berpenghuni,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, dadah tersebut telah disita di bawah Seksyen 30(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, dan kes masih dalam siasatan.

Tambah beliau, dalam serbuan kedua di lokasi sama, satu lagi kotak bungkusan yang dikesan APD turut dirampas. Pemeriksaan menemukan dua lagi bungkusan teh mengandungi 2,040 gram Methamphetamine yang dicampur bersama produk makanan.

“Kedua-dua cubaan ini menggunakan modus operandi menghantar dadah melalui perkhidmatan kurier udara dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak dan dialamatkan ke rumah usang bagi mengelak dikesan pihak berkuasa,” jelasnya.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup beserta tidak kurang daripada 15 sebatan, jika sabit kesalahan.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP