Wan Rosdy terima PhD Kehormat Universiti Yarmouk

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Ekonomi Islam dan Perbankan oleh Universiti Yarmouk, Jordan, semalam.

Anugerah disampaikan Presiden Universiti Yarmouk, Profesor Dr Islam Massad, sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan Wan Rosdy dalam mengukuhkan kerjasama antara kerajaan Pahang dan institusi pendidikan itu.

Wan Rosdy berkata, kerjasama antara Pahang dan Universiti Yarmouk bermula sejak 2001 melalui Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kolej Yayasan Pahang (KYP) dan universiti terbabit.

“Selepas 14 tahun, kerjasama ini diperkukuh lagi menerusi majlis menandatangani MoU Kursi Pahang yang berlangsung hari ini,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Ketika ini, seramai 363 anak Pahang menamatkan pengajian di universiti itu, manakala 78 lagi sedang melanjutkan pengajian.

Wan Rosdy percaya hubungan akademik antara kedua-dua pihak boleh diperluas ke bidang penyelidikan bersama, inovasi ekonomi Islam, teknologi hijau dan pembangunan lestari.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP