PRK Ayer Kuning: PN perlu terima hakikat BN menang – Saarani

BIARPUN keputusan siapa yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah diperolehi, namun bahang kehangatan masih lagi terasa.

Dalam pertandingan tiga penjuru, calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir, 54, menang 11,065 undian dengan majoriti 5,006 undi menewaskan pencabar terdekat, Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek (6,059) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS (1,106).

Apa yang masih berbahang adalah apabila pihak lawan terutamanya PN seolah-olah tidak boleh menerima kekalahan.

Walaupun undian PN menewaskan PSM, namun mereka hanya berjaya mempertahankan satu Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang juga kubu kuat iaitu di Tanjung Keramat.

Mengikut rekod, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), PN menang empat PDM dan pada PRK ini, BN berjaya merampas semula tiga PDM.

Bahkan, lagi mengejutkan, terdapat tiga PDM yang PSM menerima undian mengatasi PN.

PN terutamanya Pas, sehingga sekarang masih lagi tidak bersikap ‘jantan’, tetapi terus mempertikai kemenangan diperolehi BN.

Isu menang 18,000 undi antara yang menjadi tunggangan Pas selepas menunggang isu babi ketika berkempen.

Mereka lupa, sehari sebelum hari pengundian pada 26 April, Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata, bahawa kelebihan satu undi pun menang.

“Diharap, kita dapat membawa gelombang perubahan besar yang dapat menembusi kawasan yang sebelum ini dianggap sebagai kubu kuat pihak lawan.

“Sasaran kita menang. Satu undi pun menang. Dalam pilihan raya ini, tak penting berapa jumlah, satu pun menang,” katanya yakin.

Namun, apabila keputusan diperolehi, lain yang keluar dari mulut mereka.

Sehubungan itu, Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, mengingatkan PN perlu berhenti mempersoalkan keputusan PRK DUN Ayer Kuning.

Beliau yang juga Menteri Besar Perak turut membalas sindiran lawan yang mendakwa BN gagal meraih sehingga 18,000 undi meskipun bergabung dengan Pakatan Harapan (PH), dengan menyifatkan sebagai ‘alasan orang kalah’.

Dakwanya, kemungkinan semua analisis dan komen yang dibuat PN itu sudah disediakan lebih awal.

“Barangkali, bila sedar tidak mendapat sokongan, mereka sudah mula cipta pelbagai alasan untuk digunakan sebaik sahaja kalah,”katanya.

Beliau turut meminta agar PN menerima hakikat bahawa pada PRK DUN Ayer Kuning, BN menang.

“Terimalah hakikat BN menang. Satu undi pun sudah dikira menang. Berhenti mempersoalkan keputusan PRK DUN Ayer Kuning.

“Ini alasan orang kalah. Macam bola sepak juga, bila kalah, pengadil dipersalahkan, tiang gol tidak betul, padang tak rata.

“Semua pihak sepatutnya menghormati keputusan pengundi yang jelas memilih BN sebagai parti pilihan di DUN Ayer Kuning.

“Meskipun pelbagai isu dan sentimen cuba dimainkan sepanjang tempoh kempen,”kata Saarani.

Sebelum ini beliau menyasarkan 18,000 undian berdasarkan peratusan keluar mengundi semasa PRU15.

PRK kali ini, peratusan keluar mengundi hanya 58.06 peratus dimana hanya 18,230 jumlah undi sah daripada 31,893 pengundi berdaftar.

Kemenangan calon BN itu juga menyaksikan parti itu dan PH kekal dengan 33 kerusi DUN di Perak manakala PN dengan 26 kerusi.

BN bukan sahaja berjaya mengekalkan kerusi, bahkan kemenangan yang diperolehi di PDM yang sebelum ini dimenangi PN juga adalah satu kejayaan manis.

Seperti kata Pengarah Kempen PRK Ayer Kuning DAP, Howard Lee, kemenangan ini antara keyakinan pengundi terhadap Kerajaan MADANI serta kerjasama antara BN dan PH.

Ia mencerminkan sokongan kolektif terhadap model pemerintahan yang mementingkan keterangkuman, kemajuan, serta saling menghormati antara semua komuniti.

Related Posts

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

KUALA LUMPUR – Nurul Izzah Anwar memutuskan untuk melepaskan jawatan Timbalan Presiden PKR selepas mengambil kira pelbagai pertimbangan bagi membolehkannya memberi tumpuan kepada pengajian lanjutan serta meneruskan usaha khidmat dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadualkan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Semakan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh