Bekas usahawan raih lebih RM10,000 sebulan pandu e-hailing

MIRI – Seorang pemandu e-hailing Maxim membuktikan usia bukan penghalang untuk terus cemerlang apabila berjaya memperoleh pendapatan lebih RM10,000 sebulan.

Mohd Nasir Yong, 64, anak jati Miri yang juga seorang mualaf, memanfaatkan platform e-hailing tersebut bagi menambah sumber pendapatan selepas bersara daripada dunia perniagaan pada usia 62 tahun.

“Saya pernah menjadi usahawan dan selepas menyerahkan perniagaan kepada anak, saya rasa kekosongan apabila tidak banyak aktiviti. Melalui cadangan rakan, saya cuba menjadi pemandu separuh masa sebelum beralih sepenuh masa kerana seronok bertemu orang baharu,” katanya.

Beliau yang memulakan hari seawal pagi biasanya memandu sekitar lapan hingga sembilan jam sehari, mengambil rehat tengah hari, sebelum menyambung semula sehingga ke petang.

“Bekerja waktu pagi membuatkan saya lebih bertenaga, malah penumpang pun lebih ceria. Saya seronok dapat menghantar mereka ke tempat kerja atau kelas, dan setiap perjalanan memberikan kepuasan tersendiri,” jelasnya.

Mengulas rahsia kejayaan meraih pendapatan lima angka, beliau berkongsi bahawa selain komitmen dan ketekunan, strategi menggunakan kaedah pembelian syif tanpa komisen banyak membantunya meningkatkan pendapatan.

“Saya tetapkan minda, rancang masa dengan bijak dan tidak mudah berputus asa. Jika saya mampu, orang lain juga boleh. Fokus dan usaha berterusan adalah kunci,” katanya.

Related Posts

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

TEMERLOH – Pemandu dan penumpang sebuah kereta dipercayai rentung selepas dihempap lori tangki yang membawa muatan 32,000 liter diesel serta petrol sebelum terbakar di Kilometer 9 Jalan Temerloh–Triang, petang tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

SEMPORNA – Kerajaan disaran meneliti pemberian bantuan khas atau memperluaskan skim sokongan sedia ada kepada guru yang bertugas di kawasan luar bandar dan kepulauan bagi membantu menampung kos pengangkutan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff