60 peserta program latihan profesional terima pekerjaan

JOHOR BAHRU – Seramai 60 peserta yang menyertai program latihan profesional berkaitan teknologi pusat data baru-baru ini berjaya menamatkan 15 modul latihan mereka sepenuhnya.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri, Aznan Tamin berkata, program latihan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Johor melalui Majlis Pembangunan Bakat Negeri Johor (JTDC) itu nyata memberikan manfaat kepada peserta program apabila kesemua mereka kini ditawarkan pekerjaan serta-merta oleh syarikat tempatan dan luar negara.

“Ini menjadikan sebagai bukti bahawa latihan ini bukan sekadar teori, tetapi terus membuka jalan ke alam pekerjaan!

“Inisiatif ini dilaksanakan sepenuhnya secara percuma melalui JTDC ini turut mendapat kerjasama daripada Kolej Kemahiran Johor (KKJ), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), dan Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ),” katanya dalam hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Menurutnya, inisiatif ini dilakukan demi melahirkan modal insan yang lebih berdaya saing untuk masa depan Johor.

“Kesemua peserta ini telah berjaya menamatkan 15 modul latihan profesional dan kini melangkah terus ke sesi temuduga bersama syarikat-syarikat seperti Weyoung Technology Sdn Bhd, Beijing Tech Communication Technology Co. Ltd, Joyrun Sdn Bhd, Earth Stream Energy Sdn Bhd dan banyak lagi.

“Tahniah kepada semua peserta! Ini adalah langkah besar ke arah membina Johor yang lebih gemilang, berdaya saing dan dihormati di mata dunia,” katanya.

Terdahulu, program latihan profesional itu diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan teknikal secara komprehensif kepada para peserta dalam bidang pengurusan dan operasi pusat data.

Ia selaras dengan permintaan pasaran industri berkenaan yang semakin meningkat terhadap kemahiran berimpak tinggi dalam sektor teknologi maklumat dan komunikasi.
 
Program julung kali diadakan itu menyaksikan sebanyak 15 sesi kelas intensif telah disediakan membabitkan tempoh antara lima hingga tujuh jam sebagai ruang kepada para peserta memahami lebih mendalam berkaitan aspek teknikal dan keselematan dalam pengendalian pusat data moden.
 
Selain itu, pendedahan juga diberikan berkaitan pengenalan kepada pusat data, operasi infrastruktur, sistem bekalan kuasa voltan tinggi dan rendah, sistem penyejukan dan kawalan kelembapan, perlindungan kebakaran serta pemantauan keselamatan fizikal dan operasi penyelenggaraan.
 
Platform ini bukan sahaja menjadi peluang keemasan bagi peserta meningkatkan kemahiran dan kebolehan pasaran, tetapi ia turut direka dengan pendekatan yang praktikal serta berpandukan kepada keperluan industri semasa dalam usaha memenuhi keperluan tenaga kerja dalam sektor berkenaan.

Related Posts

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

TEMERLOH – Pemandu dan penumpang sebuah kereta dipercayai rentung selepas dihempap lori tangki yang membawa muatan 32,000 liter diesel serta petrol sebelum terbakar di Kilometer 9 Jalan Temerloh–Triang, petang tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

SEMPORNA – Kerajaan disaran meneliti pemberian bantuan khas atau memperluaskan skim sokongan sedia ada kepada guru yang bertugas di kawasan luar bandar dan kepulauan bagi membantu menampung kos pengangkutan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff