Amanah Johor sedia berdepan tiga penjuru

JOHOR BAHRU – Amanah Johor akan terus mendesak pimpinan tertinggi gabungan parti mereka untuk diberikan peluang bagi bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota kelak.

Exco Pemuda Amanah negeri, Fadhli Umar Aminolhuda berkata, ini termasuklah tindakan berdepan tiga penjuru pada PRK berkenaan sekiranya permintaan mereka itu terus tidak diendahkan oleh pimpinan parti komponen nen berkenaan.

Tegas beliau, desakan ini bertujuan mahu parti Amanah diberikan peluang bertanding pada PRK tersebut sekaligus memastikan UMNO Johor ikhlas dalam membina kerajaan negeri sebagai Kerajaan Perpaduan.

“Johor hingga hari ini tidak dibina sebagai sebuah Kerajaan Perpaduan, dengan PH meliputi Amanah dinafikan peranan dalam kerajaan negeri, termasuk pembentukan Ahli Majlis dan ketua-ketua kampung.

“Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros, mungkin terlupa hakikat ini ketika mengeluarkan kenyataan menuduh Amanah tamak dan gelojoh, sedangkan UMNO terus-menerus membuat kenyataan-kenyataan terbuka yang mengguris hati akar umbi PH, termasuk Amanah.

“Ini termasuk kenyataan UMNO mahu bertanding di kerusi-kerusi disandang PH dan Amanah, termasuk yang disandang oleh Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu, di Parlimen Kota Raja,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Related Posts

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

SEKIJANG – Kerajaan Persekutuan terus memperkukuh komitmen dalam menangani isu banjir di Johor apabila memperuntukkan sebanyak RM2.9 bilion menerusi Belanjawan 2026 bagi melaksanakan 43 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) berkeutamaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

KANGAR – Badan Perhubungan UMNO Perlis mahu sebarang kemelut dan perbalahan politik di negeri ini dihentikan bagi memastikan kestabilan pentadbiran serta agenda pembangunan rakyat tidak terjejas. Pengerusinya, Datuk Rozabil Abdul…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman