Melukis dengan hati, perjalanan seni pesara guru pasca Covid

KUCHING – Bakat semula jadi dalam bidang seni visual yang dimiliki oleh bekas guru pendidikan khas dan bahasa, Cikgu Muhamed Jamel Nusi, 67, membuktikan bahawa minat dan ketekunan mampu membawa seseorang ke tahap yang membanggakan.

Menurut beliau, walaupun tidak mempunyai latar belakang akademik dalam bidang seni, keterlibatannya secara serius bermula selepas bersara, bertepatan dengan tempoh pandemik Covid-19.

“Ketika itu, saya latih kemahiran melukis secara lebih serius kerana banyak masa terluang. Saya manfaatkan sepenuhnya untuk mengasah bakat yang sedia ada,” katanya.

Menariknya, hasil karya seni beliau turut mendapat perhatian Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang membeli salah satu hasil lukisannya.

Muhamed Jamel yang kini aktif bersama Kelab Akar Seni di Galeri Seni Riverside Shopping Complex berkata, beliau lebih meminati seni visual beraliran realisme kerana gemar melukis sesuatu yang dilihat secara nyata di depan mata.

Selain aktif berkarya, beliau turut mencurahkan ilmu sebagai tenaga pengajar sambilan dalam kelas seni di Rumah Sarawak di bawah Majlis Seni Sarawak.

Beliau juga menyatakan pandangannya bahawa golongan yang mengikuti pendidikan seni perlu terus belajar dan berusaha mengangkat martabat seni di negara ini.

Related Posts

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menyelesaikan sepenuhnya pembekalan 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), lebih awal daripada tempoh ditetapkan. NAFAS memaklumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

BALING – Taktik sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang memilih lokasi terpencil di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, di sini gagal apabila kegiatan itu terbongkar pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar