KL perlu cerminkan warisan budaya, bukan sekadar pencakar langit — PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pembangunan Kuala Lumpur perlu mencerminkan warisan budaya negara, dan tidak hanya tertumpu kepada pembinaan bangunan pencakar langit semata-mata.

Menurutnya, pembangunan ibu negara mesti mengambil kira elemen budaya, identiti bangsa dan kebajikan rakyat, selaras dengan usaha membina sebuah kota yang bukan sahaja beridentiti moden termasuk bangunan pencakar langit dan berteknologi tinggi, tetapi juga mempunyai nilai sejarah dan jiwa yang hidup.

“Satu kota itu harus hidup segar dengan fizikal yang menarik dan menawan, sesuai dengan perkembangan teknologi, tetapi ia juga harus mengakar kepada tradisi dan budaya.

“Memang kita tidak akan maju kalau kita tidak menggapai langit, teknologi baharu digital, kecerdasan buatan (AI), bicara mengenai transisi tenaga harus dan wajib kita segerakan tetapi menggapai langit itu harus mengakar ke bumi, ertinya faham sejarah, budaya dan nilai akhlak,” katanya ketika meluncurkan Warisan KL: Wajah Baharu Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Anwar turut menekankan keperluan pembangunan yang lebih seimbang dan menyeluruh, khususnya dalam memastikan kemudahan awam seperti taman rekreasi dan gerai rakyat diberi perhatian untuk dimanfaatkan rakyat kebanyakan.

“Seperti saya tekankan kepada bandaraya (DBKL), saya tidak boleh terima projek hebat dengan gedung-gedung besar, itu pandangan orang lain.

“Saya mahu gedung-gedung kecil termasuk warung-warung dan gerai yang bersih yang mematuhi syarat-syarat ketat, indah dan memuliakan rakyat yang 75 hingga 80 peratus menggunakannya.

Tambah beliau, pembangunan bandar raya seperti Kuala Lumpur perlu mengambil pendekatan yang lebih inklusif dengan mengekalkan keunikan budaya pelbagai kaum di Malaysia.

Turut hadir pada majlis itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif dan Pengarah Urusan Think City, Datuk Hamdan Abdul Majeed.

Related Posts

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak