Bersih sila lapor SPR jika BN langgar etika kempen PRK

TAPAH – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) boleh mengemukakan aduan rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekiranya berlaku pelanggaran etika kempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sebarang laporan termasuk penyalahgunaan sumber kerajaan perlu dibuat ke saluran rasmi agar siasatan dapat dilakukan secara menyeluruh.

“Kalau betul, Bersih boleh melaporkan kepada SPR. Biarlah SPR yang membuat keputusan dan siasat,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri program seminar keibubapaan di Sekolah Menengah Sains Tapah, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Saarani menolak dakwaan kehadiran beliau bagi tujuan berkempen, sebaliknya memenuhi tanggungjawab sebagai Menteri Besar yang dijemput merasmikan majlis rasmi.

Bagi calon pula, katanya, aktiviti kempen turun padang bertemu masyarakat di pelbagai lokasi bukanlah satu bentuk pelanggaran kerana matlamatnya untuk bertemu seramai mungkin pengundi.

“Bukan senang calon nak jumpa semua 31,897 orang pengundi.

“Mana-mana tempat yang ada orang berkumpul, di situlah calon kena pergi. Itu ruang paling mudah untuk dia jumpa pengundi,” ujarnya.

Pada Selasa, Bersih mendakwa berlaku pelanggaran prinsip pilihan raya apabila Menteri Besar Perak hadir pada program ‘Town Hall Bersama Anak Muda’ di Kompleks Sukan Tapah yang turut dihadiri calon Barisan Nasional (BN) Dr Mohamad Yusri Bakir.

Ujarnya, ia jelas melanggar prinsip asas pemisahan antara kerajaan dan parti serta menyalahgunakan kelebihan sebagai penyandang jawatan untuk memberi kelebihan tidak adil kepada calon tertentu

Bersih mempersoalkan tempat dan masa program ini dijalankan kerana Kerajaan Negeri Perak sudah tentu sedia maklum bahawa majlis tersebut adalah ketika tempoh berkempen,

Terdahulu, Saarani hadir merasmikan Program Seminar Keibubapaan anjuran Yayasan Perak di Sekolah Menengah Sains Tapah di sini pada Rabu.

Hadir sama, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah; Pengurus Besar Yayasan Perak, Dr Nasreen Khanum Nawab Zadah Khan dan Pengarah Pendidikan Perak, Safuan Rabaai.

Related Posts

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

ADA pihak yang memberikan gambaran seolah-olah Jabatan Audit Negara (JAN) mengatakan Tabung Haji tidak mempunyai masalah, manakala hanya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang mendakwa Tabung Haji bermasalah. Itu tidak benar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK

TAWAU – Seorang graduan Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (CGPA) 4.00 memerlukan sokongan dana sebanyak RM20,000 bagi menampung kos visa sebelum melanjutkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK

  • By Fatin
  • August 26, 2026
Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK