Malaysia akan hantar menteri Kabinet hadiri pengebumian Pope Francis

PUTRAJAYA – Malaysia akan menghantar seorang wakil Kabinet bagi menghadiri pengebumian Ketua Gereja Katolik, Pope Francis di Vatican City pada Sabtu, kata Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil.

Fahmi yang juga merupakan Menteri Komunikasi berkata, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick pula akan menandatangani buku ucapan takziah bagi pihak kerajaan di Kedutaan Vatican di Kuala Lumpur.

“Jemaah Menteri hari ni juga merakamkan ucapan takziah kepada Pope Francis yang meninggal dunia dan di Malaysia, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick, akan secara rasmi mewakili kerajaan untuk menandatangani buku di kedutaaan Vatican di Kuala Lumpur,” katanya ketika sidang media mingguan, di sini, hari ini.

Beliau juga berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa kagumnya terhadap mendiang Pope, terutama kerana kelantangannya bersuara mengenai isu serta konflik melibatkan Gaza.

Sesi pengebumian Pope Francis dijadualkan berlangsung pada pagi Sabtu waktu tempatan.

Pelbagai pemimpin dunia dijangka menghadiri pengebumian itu.

Mendiang meninggal dunia pada Isnin pada usia 88 tahun, selepas mengalami strok dan serangan jantung yang tidak dapat dipulihkan.

Related Posts

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

SEMPORNA – Rangkaian Rakan Niaga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di seluruh negara kini mencecah 14,068 premis setakat 7 Ogos lalu, berbanding kira-kira 700 premis ketika program itu diperkenalkan pada 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

AYER KEROH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah satu-satunya parti yang melihat tuntutan Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP