Orang Asli jangan mudah termakan dakyah palsu, sentimen kebencian – Saarani

TAPAH – Kerajaan Negeri Perak menafikan dakwaan sebuah syarikat kuari telah menceroboh tanah warisan Orang Asli di Kampung Chang Lama Sungai Gepai, di Bidor.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, rujukan terhadap Pejabat Tanah dan Galian Perak serta Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah dilakukan dan mendapati tuduhan tersebut adalah tidak benar.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, penelitian terperinci masih dilakukan pihak berwajib bagi memastikan tiada pencerobohan yang dilakukan oleh syarikat kuari terhadap perkampungan Orang Asli.

“Saya sudah menghantar Whatsapp kepada PTG (Pusat Tanah dan Galian) Perak dan juga JAKOA negeri, kedua-dua jabatan ini menafikan. Itu sumber yang rasmi saya ada. (Jadi), kita menafikan ada tanah Orang Asli diceroboh syarikat.

“Saya akan rujuk kepada JAKOA dan PTG, kalau betul ada berlaku (pencerobohan), saya akan turun padang,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri program seminar keibubapaan di Sekolah Menengah Sains Tapah, pada Rabu.

Dalam pada itu, Saarani yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak menasihatkan masyarakat Orang Asli agar tidak mudah terpengaruh dengan sentimen kebencian, semata-mata ingin mewujudkan reputasi buruk kepada kerajaan negeri.

“Jangan sangat terpengaruh dengan apa-apa dakyah yang tidak betul sebab kita nak bangunkan negeri ini termasuk memperkasa pembangunan masyarakat Orang Asli,” katanya.

Pada 11 April lalu, Tok Batin kampung itu, Dahil Yok Chopil berkata penduduk menemui papan tanda di kawasan Jegog, yang memaparkan nama syarikat terbabit dan amaran penceroboh akan dikenakan tindakan undang-undang.

Dia berkata, tindakan itu jelas melanggar prinsip Deklarasi PBB Mengenai Hak Orang Asal (UNDRIP), yang menyatakan izin makluman awal bebas dan telus (Free, Prior and Informed Consent) diperlukan daripada komuniti Orang Asli Kampung Chang Lama Sungai Gepai, yang mana tidak pernah diberikan.

Menurutnya projek-projek ini langsung tidak memberikan manfaat dan faedah kepada komuniti Orang Asli, malah merugikan dan menghilangkan hak mereka ke atas tanah dan wilayah adat, menyebabkan mereka terus hidup di bawah garis kemiskinan.

Sebagai respon kepada penduduk kampung, Pengarah Urusan Siong Emas, Tan Ee Tiam menafikan dakwaan pencerobohan.

Sebaliknya dia mendakwa Orang Asli yang telah “menceroboh” tanah tersebut, kerana syarikatnya memiliki hak milik tanah seluas 2.832 hektar yang dikenali sebagai Lot 16225 di Batang Padang.

Syarikat itu pertama kali diberikan pajakan 30 tahun di kawasan tersebut pada 14 Feb 2007, yang tamat tempoh pada 26 Mei 2022, dan kemudian dilanjutkan selama 44 tahun lagi.

Related Posts

MCMC terima aduan kandungan seksual AI babit pelajar, guru

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima aduan berhubung penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menghasilkan dan menyebarkan gambar serta video berunsur seksual yang didakwa membabitkan pelajar dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prabowo setuju ambil langkah perlu tangani jerebu – PM

PUTRAJAYA – Presiden Indonesia, Prabowo Subianto bersetuju mengambil langkah perlu bagi menangani situasi yang menyebabkan jerebu di Malaysia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar berkata, persetujuan itu dicapai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027: Bekalan air konsisten penting, sokong pembangunan ekonomi Sabah – Kartini

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Belanjawan 2027: Bekalan air konsisten penting, sokong pembangunan ekonomi Sabah – Kartini

Pahang sedia 60 peranti al-Quran Braille untuk OKU penglihatan

Pahang sedia 60 peranti al-Quran Braille untuk OKU penglihatan

Tular video merusuh guna senjata, polis tahan 14 remaja lelaki

  • By Fatin
  • October 8, 2026
Tular video merusuh guna senjata, polis tahan 14 remaja lelaki

KPM tutup institusi pendidikan di kawasan IPU tinggi, PdPR bermula Jumaat

KPM tutup institusi pendidikan di kawasan IPU tinggi, PdPR bermula Jumaat

MCMC terima aduan kandungan seksual AI babit pelajar, guru

MCMC terima aduan kandungan seksual AI babit pelajar, guru

Pulau Pinang kembali jerebu cecah IPU 155

Pulau Pinang kembali jerebu cecah IPU 155