Dua lelaki ditahan terlibat kes penipuan berasingan di Penampang

PENAMPANG – Dua lelaki terlibat dalam kes penipuan berasingan di daerah berkenaan berjaya ditahan pada Selasa.

Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang menerusi kenyataan di Facebook menyatakan tangkapan itu melibatkan semua suspek warga tempatan.

“Tangkapan suspek pertama merupakan seorang lelaki berumur 37 tahun yang disyaki menipu mangsa sebanyak RM24,599 dalam urusan pemasangan tiang Sabah Electricity (SE).

“Suspek kedua berusia 59 tahun, yang ditahan selepas menerima RM1,000 untuk kerja pemindahan meter air yang tidak dilaksanakan.

“Kesemua kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, jika disabitkan bersalah boleh dipenjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun, tidak lebih 10 tahun dengan sebatan dan denda,” kata kenyataan itu pada Rabu.

Sehubungan itu, menerusi kenyataan tersebut Polis Penampang menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada.

“Pastikan membuat semakan latar belakang individu atau syarikat sebelum melakukan sebarang pembayaran,” jelas kenyataan itu.

Related Posts

SK Telok Kalong terima kemudahan bilik pemulihan khas dan kemudahan makmal robotik menerusi Belanjawan 2027

KEMAMAN— Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Kalong di Kemaman bakal menerima kemudahan bilik pemulihan khas dan bilik makmal berasaskan teknologi robotik menerusi peruntukan yang diumumkan Perdana Menteri dalam pembentangan Belanjawan 2027.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tajaan JPA untuk anak Sabah, Sarawak digandakan

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju menggandakan tawaran tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada anak kelahiran Sabah dan Sarawak, membolehkan 4,200 pelajar dari kedua-dua negeri itu melanjutkan pengajian ke menara gading…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu bekalan air bersih, banjir Kelantan jadi keutamaan jangka panjang

Isu bekalan air bersih, banjir Kelantan jadi keutamaan jangka panjang

SK Telok Kalong terima kemudahan bilik pemulihan khas dan kemudahan makmal robotik menerusi Belanjawan 2027

SK Telok Kalong terima kemudahan bilik pemulihan khas dan kemudahan makmal robotik menerusi Belanjawan 2027

Isu doktor kontrak dinoktahkan, insentif perkhidmatan kesihatan udara naik lebih tiga kali ganda

Isu doktor kontrak dinoktahkan, insentif perkhidmatan kesihatan udara naik lebih tiga kali ganda

Rumah pertama bernilai hingga RM750,000 nikmati pengecualian duti setem

Rumah pertama bernilai hingga RM750,000 nikmati pengecualian duti setem

RM100 juta tangani banjir kilat di Lembah Klang

RM100 juta tangani banjir kilat di Lembah Klang

Pendapatan bersih pemandu e-hailing naik RM227 sebulan, p-hailing RM100 mulai 2027

Pendapatan bersih pemandu e-hailing naik RM227 sebulan, p-hailing RM100 mulai 2027