BN tidak berkempen ‘bantai’ pihak lawan, lebih gemar jual calon kepada rakyat

TAPAH – Barisan Nasional (BN) tidak berminat untuk menghentam pembangkang, namun lebih memfokuskan bagi menjual calonnya, Dr Mohamad Yusri Bakir yang mesra dikenali Ustaz Yusri pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, pendekatan itu perlu dipadankan dengan intipati penting bagi memastikan BN mampu meraih kemenangan selesa.

“Saya tengok kempen (BN di Ayer Kuning) sangat bagus. Jentera BN dan parti komponen Kerajaan Perpaduan turun membantu Mohamad Yusri. Saya beritahu jentera, BN perlu tampil berbeza daripada parti lain, kita tak mahu kempen (dibayangi) politik ‘bantai’ orang, sebaliknya mahu jual calon kita.

“Kalau ada konsep ini, parti bagus, calon baik dan jentera bersatu padu, selalunya agak sukar untuk kalah. Kita minta mereka teruskan kerja ini sehingga akhir kempen,” katanya pada sidang media di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Rahmat, pada Selasa.

Mengulas lanjut, Johari menegaskan, strategi yang diguna pakai ketika ini boleh diguna pakai bagi memastikan kemenangan calon mewakili BN di mana-mana pilihan raya, sama ada peringkat negeri mahupun Pusat.

Beliau yang juga Pengerusi BN Wilayah Persekutuan berkata, selain memperbaiki kelemahan parti, BN juga perlu menggerakkan jentera sebagai satu pasukan dan menampilkan calon berwibawa serta memiliki rekod prestasi baik dengan masyarakat.

“Di Ayer Kuning saya nampak lengkap, kalau lihat sejarah di sini tak pernah kalah walaupun dalam keadaan tsunami (politik) yang begitu teruk sebelum ini, tetapi DUN ini tetap menang.

“Walaupun kita tak dapat (undi) dari Kampung Coldstream di sini, tetapi menerusi pembabitan MCA dan DAP, (perubahan dilihat berlaku) di kawasan dengan 1,700 pengundi, termasuk empat pemilih Melayu.

Sementara itu, Johari yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, mengakui ‘resipi’ berkenaan dapat dilihat dipraktikkan jentera BN di Ayer Kuning.

“Saya yakin mereka akan melihat keberkesanan parti yang mentadbir negara ketika ini, lebih menumpukan kepada kestabilan politik.

“Kita tak mahu ada banyak sangat pertukaran (kerajaan), tiap-tiap kali tukar, menyebabkan gangguan kepada ekonomi, terutama ketika negara berdepan pelbagai cabaran ketika ini,” katanya.

PRK Ayer Kuning yang diadakan susulan kematian Ishsam akibat serangan jantung pada 22 Februari, menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir menentang calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Bawani KS.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK itu pada 26 April ini, manakala pengundian awal akan diadakan pada 22 April.

Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari, bermula selepas pengisytiharan calon hingga jam 11.59 malam 25 April ini.

Related Posts

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

KUCHING – Sarawak bersedia melakukan anjakan paradigma dalam landskap digital global dengan beralih kepada infrastruktur ‘AI Grid’ (grid kecerdasan buatan) berbanding penggunaan pusat data fizikal menjelang lima tahun akan datang. Premier Sarawak,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC, PDRM siasat dakwaan sunting gambar Sultan Selangor

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan penyebaran serta suntingan gambar Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang dikaitkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek Tungku Commercial Centre dibatalkan, pemaju gagal penuhi terma

Projek Tungku Commercial Centre dibatalkan, pemaju gagal penuhi terma

Sabah tingkat usaha baiki lampu jalan, terima peruntukan RM17.9 juta

Sabah tingkat usaha baiki lampu jalan, terima peruntukan RM17.9 juta

Tiga projek mega RMK13 tangani krisis air Tawau capai kemajuan

Tiga projek mega RMK13 tangani krisis air Tawau capai kemajuan

RM4.2 juta naik taraf SJK(T) Ladang Kulai Besar, perkukuh pendidikan inklusif

RM4.2 juta naik taraf SJK(T) Ladang Kulai Besar, perkukuh pendidikan inklusif

Johor tarik pelaburan teknologi, projek JHB1 catat pencapaian baharu

Johor tarik pelaburan teknologi, projek JHB1 catat pencapaian baharu

26 tahun menanti, projek tebatan banjir RM5 juta akhirnya direalisasi

26 tahun menanti, projek tebatan banjir RM5 juta akhirnya direalisasi