Dua lelaki warganegara ditahan, disyaki terlibat kes seludup dadah

DUA lelaki warganegara masing-masing berumur 18 dan 29 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes penyeludupan dadah.

Menurut kenyataan di laman Facebook rasmi, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Sabah berjaya merampas dadah berbahaya jenis ’Methamphetamine’ seberat 20,393 gram dengan nilai pasaran RM667,729.44 pada 30 Julai lepas.

Kes diperolehi di dua lokasi berbeza iaitu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dan Lapangan Terbang Tawau.

Modus operandi kes ini adalah menggunakan bungkusan plastik berwarna hijau jenama ‘Guanyinwang’ yang diseludup masuk ke dalam negara melalui kapal pesawat penumpang.

Kedua-dua kes sedang disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori atau penjara seumur hidup.

JKDM turut menggesa orang ramai untuk membantu memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah dan kenderaan serta jauhkan diri daripada aktiviti tersebut.


Related Posts

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

NEW DELHI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan fasa kedua lawatan kerjanya ke India dengan tiba di negeri bersejarah Keralam (nama baharu bagi Kerala) malam ini, sejurus memuktamadkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu