Serbu premis seleweng minyak bersubsidi, Polis Marin Lahad Datu rampas 9,000 liter petrol

LAHAD DATU – Unit Risikan Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu berjaya menumpaskan aktiviti penyelewengan 9,000 liter minyak petrol bersubsidi dalam serbuan di sebuah premis di Jalan POIC, pada Isnin.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohd Nazri Ibrahim berkata, semasa serbuan, seorang lelaki warga tempatan gagal menunjukkan sebarang dokumen sah dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Sebanyak 9,000 liter minyak petrol berkenaan ditemui dalam 17 unit dram berwarna biru perlbagai saiz, tiga unit tangki IBC L dan dua unit tangki fiber.

“Kesemua rampasan dianggarkan bernilai RM50,700,” katanya dalam kenyataan media, pada Selasa.

Dalam pada itu, Nazri mengalu-alukan kerjasama orang awam menyalurkan maklumat berkaitan salah laku penyelewengan barang bersubsidi agar tidak berleluasa.

Related Posts

Dua polis peronda ditahan terima rasuah RM14,000

KUANTAN – Seorang anggota polis peronda ditahan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM14,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan ke atas pengguna Lebuh raya Pantai Timur 2 yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

AYER KEROH – “Biar habis persidangan DAP dahulu,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Itu adalah reaksi ringkas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya mengenai keputusan Persidangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua polis peronda ditahan terima rasuah RM14,000

Dua polis peronda ditahan terima rasuah RM14,000

‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

Tahap integriti penjawat awam makin baik

Tahap integriti penjawat awam makin baik

Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari

Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari

Tian Chua sedia kembali ke PKR

Tian Chua sedia kembali ke PKR

Gempa bumi Sumatera: Pulau Pinang terkawal, tiada cedera

Gempa bumi Sumatera: Pulau Pinang terkawal, tiada cedera