Kesungguhan Anwar dalam perjuangan kebebasan rakyat Palestin

SERINGKALI kita mendengar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditohmah berbagai-bagai tuduhan dan fitnah seperti ejen Dajjal, Zionis dan bermacam-macam lagi.

Namun, tanpa kita sedari, Anwar seorang yang begitu komited dan tegas dalam memperjuangkan kebebasan rakyat Palestin.

Lihatlah betapa berani beliau menjawab beberapa asakan pertanyaan media barat ketika lawatan beliau di Jerman pada 12 Mac lalu.

Anwar sendiri dengan tegas tidak sesekali akan meminta maaf kerana hubungan rapat Kerajaan Malaysia dengan Hamas.

Bagaimanapun, Anwar juga menjelaskan Malaysia tidak mempunyai hubungan dengan sayap ketenteraan Hamas.

“Saya sudah menjelaskan perkara ini kepada kepada rakan-rakan sejawat saya di Eropah dan Amerika Syarikat,” kata beliau lagi.

Malah, Anwar juga menegaskan dunia patut tahu akar kepada konflik di Gaza.

“Saya sendiri menolak naratif yang mengatakan masalah berlaku di Gaza berlaku sejak 7 Oktober lepas,” kata beliau ketika diasak oleh media Barat.

Anwar juga berkata konflik Israel dan Palestin bermula sejak empat dekad yang lalu.

Inilah peranan Anwar kepada perjuangan rakyat Palestin sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada November 2022.

Kelantangan Anwar menentang rejim Zionis

Keberanian Anwar di hadapan media Barat mendapat liputan yang sangat luas sehingga masyarakat Dunia Islam memuji beliau.

Baiklah, adakah benar Anwar sebelum jadi Perdana Menteri seorang yang tunduk kepada Israel?

Dakwaan tersebut sangat kurang berasas dan tidak benar kerana Anwar sering kali menyuarakan hak rakyat Palestin ketika menjadi Ketua Pembangkang lagi.

Boleh rujuk video di YouTube “Press Conference at the London School of Economics (LSE) 18 March 2010”.

Anwar menegaskan rejim Zionis sepatutnya dikecam disebabkan kezaliman dan penindasan terhadap rakyat Palestin.

Malah, Anwar pernah dituduh oleh organisasi Yahudi yang berpengaruh B’nai B’rith International kerana menggunakan kedudukan beliau sebagai Ahli Parlimen untuk menyebar sentimen anti-semitik.

Boleh rujuk: https://web.archive.org/web/20120107065055/http://www.bnaibrith.org/letter52610.cfm

Jadi, dakwaan mengatakan Anwar sebagai seorang mengikut telunjuk Israel sangat tidak berasas.

Walaupun Anwar begitu lantang mengecam rejim Zionis, namun beliau juga menegaskan solusi kepada konflik ini ialah ‘two-state solution’ atau konsep dua negara berdaulat.

Tujuan konsep ini adalah memastikan Timur Tengah dapat mencapai keamanan yang kekal sekali gus mencapai keamanan global.

Ini kerana kestabilan Timur Tengah memainkan peranan sangat penting kerana kesannya turut mempengaruhi keamanan global.

Sebarang pergolakkan di Timur Tengah sudah pasti memberi kesan domino di seluruh dunia.

Jasa Anwar membawa pulang aktivis Gaza

Jasa paling tidak dapat dilupakan ialah Anwar sangat bersungguh-sungguh membawa CEO Cinta Gaza Malaysia Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman kembali ke tanah air.

Saudara Muhammad Nadir merupakan aktivis Malaysia di Gaza yang sudah lama berjuang atas nama kemanusiaan.

Hasil kerjasama Anwar dengan Presiden Mesir Abdel Fattah Al Sisi, saudara Muhammad Nuri berjaya kembali ke tanah air.

Anwar juga menegaskan kesediaan Malaysia membawa sebahagian rakyat Palestin terutama wanita dan kanak-kanak yang cedera serta sakit untuk dirawat di negara ini ketika berucap di Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil pada semalam.

“Kerajaan akan peruntukkan dana. Saya bincang dengan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) (Datuk Shaik Abdul Rasheed Ghaffour). Saya ucap terima kasih kerana kerjasama yang diberikan,” katanya.

Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya berbangga mempunyai Perdana Menteri yang begitu berani dan tegas dalam memperjuangkan kebebasan rakyat Palestin.

Marilah kita mendoakan agar rakyat Palestin mendapat mencapai kemerdekaan tanah air mereka.

Dari sungai ke segara, Palestin pasti merdeka!

Related Posts

BDR jimat subsidi petrol RON95 lebih RM4.22 juta

PUTRAJAYA – Inisiatif bekerja dari rumah (BDR) yang dilaksanakan kerajaan sejak 15 April lalu berjaya mengurangkan penggunaan petrol RON95 dengan penjimatan subsidi mencecah RM4.22 juta bersamaan 2.14 juta liter setakat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kos pengeluaran agrokomoditi meningkat susulan kenaikan input pertanian

PUTRAJAYA – Kos pengeluaran industri agrokomoditi negara meningkat susulan kenaikan ketara harga input pertanian termasuk baja NPK bagi kategori tempatan dan import yang naik sehingga 45.5 peratus, manakala racun meningkat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BDR jimat subsidi petrol RON95 lebih RM4.22 juta

BDR jimat subsidi petrol RON95 lebih RM4.22 juta

200,000 benih udang galah dilepaskan di Sungai Temburong

200,000 benih udang galah dilepaskan di Sungai Temburong

Buruh asing edar syabu dalam pondok ditahan polis

Buruh asing edar syabu dalam pondok ditahan polis

876 penduduk DUN Kabong ceria terima bakul makanan sempena Gawai

876 penduduk DUN Kabong ceria terima bakul makanan sempena Gawai

Rafizi kelompok ‘hanya dia yang betul’, pengunduran beri kelebihan kestabilan dalaman PKR

Rafizi kelompok ‘hanya dia yang betul’, pengunduran beri kelebihan kestabilan dalaman PKR

ATM laksana latihan ketenteraan secara tersusun, lalui proses pihak terlibat – MKN

ATM laksana latihan ketenteraan secara tersusun, lalui proses pihak terlibat – MKN