DAP Pahang cadang tubuh jawatankuasa pantau isu ceroboh tanah

KUANTAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tras, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji mencadangkan satu jawatankuasa khas tanah haram dibentuk untuk menyelesaikan masalah pencerobohan tanah di Pahang.

ADUN DAP itu berkata, jawatankuasa berkenaan akan mencadangkan kaedah penyelesaian yang adil bagi kes pencerobohan yang berlaku terlalu lama membabitkan rakyat tempatan atau luar Pahang.

Katanya, ahli jawatankuasa itu boleh dilantik daripada bekas pegawai Pejabat Tanah dan Galian (PTG), pakar tanah di institusi pengajian tinggi atau institut tanah negara, ulama, polis, peguam dan sebagainya.

“Jawatankuasa ini diberi tiga bulan untuk mengemukakan cadangan pelan tindakan kepada kerajaan negeri bagi tujuan pelaksanaan.

“Pencerobohan perlu dinoktahkan dan tanah diceroboh tidak boleh terlalu lama dibiarkan,” katanya pada sesi perbahasan menjunjung kasih Titah Diraja sempena sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang, hari ini.

Sementara itu ADUN Cheka, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan kerajaan negeri menambah kemudahan kepada anggota penguat kuasa, sama ada teknologi moden termasuk dron bagi memantau pencerobohan.

Katanya, tanpa peralatan dan sokongan teknologi canggih, agak sukar untuk agensi penguat kuasa bertindak.

“Saya menyokong penuh titah Sultan Pahang dan tindakan yang diambil (pencerobohan tanah) dan turut dukacita dalam kes ini ada pihak membela mereka yang melanggar undang-undang,” katanya.

Related Posts

SPRM teliti dakwaan kualiti anak benih sawit di FELDA Palong 7

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menerima maklumat berkaitan kebimbangan terhadap kualiti anak benih sawit serta pelaksanaan program pembangunan dan tanam semula sawit di FELDA Palong 7,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor mengisytiharkan 1 September depan sebagai cuti peristiwa bagi meraikan kejayaan kontinjen negeri itu muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026. Pengumuman itu dibuat oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet – PM

Cadangan audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet – PM

Amirudin teliti kerjasama PH-BN hadapi PRN Melaka – Anwar

Amirudin teliti kerjasama PH-BN hadapi PRN Melaka – Anwar

Rejim Israel ragut 21,500 nyawa kanak-kanak, musnahkan 1,077 masjid di Gaza

  • By Siti
  • August 25, 2026
Rejim Israel ragut 21,500 nyawa kanak-kanak, musnahkan 1,077 masjid di Gaza

SPRM teliti dakwaan kualiti anak benih sawit di FELDA Palong 7

SPRM teliti dakwaan kualiti anak benih sawit di FELDA Palong 7

Imigresen buat laporan polis susulan dakwaan tular di UTC Pudu

Imigresen buat laporan polis susulan dakwaan tular di UTC Pudu

Tidak bayar cukai, tidak peduli duit negara?

Tidak bayar cukai, tidak peduli duit negara?