Isu Menara KL: Tindakan kerajaan mengikut undang-undang

JOHOR BAHRU- Kerajaan menegaskan tindakan mengusir pengendali lama Menara Kuala Lumpur adalah mengikut perspektif undang-undang, bukan bertujuan menindas pihak berkenaan.

Menteri Komunikasi merangkap jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, ia berikutan bangunan terbabit adalah hak milik penuh kerajaan selain tindakan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan yang turut mempunyai hak untuk memasuki premis itu pada Rabu lalu.

“Namun, sekarang ini ia di dalam proses mahkamah, maka saya tidak boleh mengulas lebih lanjut.

“Cuma saya menyatakan sebarang tindakan kerajaan adalah berlandaskan undang-undang,”
katanya dalam sidang media selepas melawat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Sri Skudai, di sini, hari ini.

Terdahulu, Fahmi mengulas tindakan Kerajaan MADANI melalui Kementerian Komunikasi yang mengarahkan Menara KL ditutup sementara waktu demi keselamatan dan keselesaan pengunjung.

Tindakan itu diambil susulan keengganan Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB) dan Hydroshoppe Sen Bhd mengosongkan bangunan selepas tempoh konsesi tamat pada 31 Mac lalu.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, kerajaan tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam isu tersebut, sebaliknya, kerajaan hanya mengangkat dan mengutamakan kedaulatan undang-undang negara ini.

Related Posts

RM5.2 bilion transaksi SARA direkodkan hingga 20 September – MoF

KUALA LUMPUR – Nilai transaksi Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulanan di bawah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mencecah RM5.2 bilion dengan hampir 8.4 juta penerima menggunakan MyKad untuk membeli keperluan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar, Min Aung Hlaing bincang isu serantau, dua hala

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Myanmar Min Aung Hlaing di Kompleks Perdana Putra di sini hari ini. Perdana Menteri menyambut ketibaan Min Aung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM5.2 bilion transaksi SARA direkodkan hingga 20 September – MoF

RM5.2 bilion transaksi SARA direkodkan hingga 20 September – MoF

279 warga UNIMAS, agensi sertai program kesejahteraan dan prapersaraan

279 warga UNIMAS, agensi sertai program kesejahteraan dan prapersaraan

Anwar, Min Aung Hlaing bincang isu serantau, dua hala

Anwar, Min Aung Hlaing bincang isu serantau, dua hala

10 bekas Exco saman kerajaan negeri tak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia

10 bekas Exco saman kerajaan negeri tak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia

Polis nafi anggota ditikam di Hutan Simpan Tasik Bera

Polis nafi anggota ditikam di Hutan Simpan Tasik Bera

Jeti darat ikan jadi ‘topeng’ seludup diesel, RM2.82 juta dirampas

Jeti darat ikan jadi ‘topeng’ seludup diesel, RM2.82 juta dirampas