Pahang rekod 40 KIR kategori miskin tegar

KUANTAN – Data terbaharu kemiskinan di Pahang menunjukkan seramai 40 ketua isi rumah (KIR) miskin tegar manakala kategori miskin pula membabitkan 13,483 KIR didaftarkan setakat 18 April lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, daripada jumlah tersebut, 36 KIR adalah kaum Melayu iaitu sebanyak 90 peratus, India (7.5 peratus) dan Cina (2.5 peratus).

Katanya, beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) mencatatkan jumlah KIR miskin tegar tinggi antaranya Tanjung Lumpur, Beserah (Kuantan) dan Padang Tengku, Lipis masing-masing dengan empat KIR.

“Ini diikuti DUN Benta dan Kuala Semantan dengan tiga KIR, sementara Triang dan Inderapura masing-masing dua KIR.

“Beberapa kawasan lain seperti Cheka dan Tahan mencatatkan satu KIR miskin tegar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Su Keong Siong (DAP-Ketari) pada persidangan DUN Pahang di Wisma Sri Pahang, hari ini.

Terdahulu, Keong Siong ingin tahu peratusan warga Pahang yang miskin dan miskin tegar mengikut pecahan DUN dan perancangan kerajaan negeri untuk menoktahkan bilangan kemiskinan tegar di negeri ini.

Wan Rosdy turut menjelaskan, kerajaan negeri dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Wilayah dan Desa juga sentiasa giat berusaha membantu menoktahkan bilangan miskin tegar di Pahang.

Katanya, antara inisiatif dijalankan untuk golongan ini adalah Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).

Tambahnya, PPRS adalah program pembasmian kemiskinan luar bandar dengan penyediaan bantuan bina baharu atau pembaikan rumah kepada golongan miskin dan miskin tegar memiliki kediaman selamat dan selesa.

Related Posts

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

KUANTAN – Rakyat Pahang, khususnya di daerah Kuantan dan Rompin, diseru supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga susulan keadaan jerebu bagi melindungi kesihatan masing-masing. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

SEREMBAN – Istiadat Menzahirkan Kejadian Undang Luak Jelebu menjadi keutamaan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sehingga baginda memutuskan untuk tidak berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Pengelola…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala