Kastam Sabah rampas dadah lebih RM2.4 juta, terbesar tahun ini

KOTA KINABALU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Sabah mencatat kejayaan membanggakan apabila berjaya menggagalkan cubaan penyeludupan dadah dengan rampasan bernilai lebih RM2.4 juta yang merupakan rampasan terbesar setakat April 2025.

Menurut Memangku Tugas-Tugas (MTT) Penolong Ketua Pengarahnya, Saidin Jalaluddin ia merupakan rampasan membabitkan tiga kes terbesar pada tahun ini setakat April.

“Modus operandi yang digunakan untuk menyeludup dadah bagi ketiga-tiga kes ialah adalah menggunakan kargo udara.

“Jumlah keseluruhan rampasan sebanyak RM2,429,414.70. Rampasan syabu atau metahamphetamine dengan nilai RM2,295,008, ketamine RM86,800 dan ganja RM47,606.70,” katanya dalam sidang media di Menara Kastam Sabah, di sini, pada Isnin.

Saidin berkata, bagi kes pertama sepasukan anggota Kastam Bahagian Penguatkuasaan, Cawangan Narkotik, Kota Kinabalu merampas empat bungkusan tidak bernama di Mas Kargo yang mengandungi 71.719 kilogram (kg) disyaki methampetamine dianggarkan bernilai RM2,295,008 pada 28 Mac lepas.

“Kes kedua iaitu pada 1 Mac 2025 jam 8.00 pagi sepasukan anggota Kastam Bahagian Penguatkuasaan, Cawangan Narkotik, Kota Kinabalu merampas satu bungkusan di Pos Aviation mengandungi 434 gram disyaki ketamine bernilai RM86,800.

“Sementara itu, bagi kes ketika antara 31 Januari hingga 28 Februari 2025, sepasukan anggota Kastam Bahagian Penguatkuasaan, Cawangan Narkotik, Kota Kinabalu merampas empat bungkusan di premis Mas Kargo yang mengandungi 15.357kg ganja bernilai RM47,606.70,” jelasnya.

Katanya, kesemua kes adalah masih dalam siasatan dan tersenarai dalam Akta Dadah Berbahaya 1952.

Justeru itu, JKDM menyeru orang ramai untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan penyeludupan di talian bebas tol Kastam 1-800-88-8855.

“JKDM memberi jaminan bahawa identiti pemberi maklumat akan dirahsiahkan,” tambahnya.

Related Posts

Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

TAWAU – Wanita diseru supaya lebih prihatin terhadap kesihatan payudara dengan menjalani pemeriksaan bersesuaian serta mendapatkan nasihat profesional sekiranya mengesan sebarang perubahan yang membimbangkan. Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

LAHAD DATU – Belanjawan 2027 mencerminkan kesungguhan Kerajaan MADANI memastikan agenda pembangunan negara terus dilaksanakan seiring usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat termasuk di Sabah dan Sarawak. Ketua Cabang PKR Lahad Datu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

  • By Ithma
  • October 11, 2026
Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

  • By Ithma
  • October 11, 2026
Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

Peruntukan RM47.7 bilion: KKM diharap penuhi keperluan kesihatan Sabah, Sarawak

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Peruntukan RM47.7 bilion: KKM diharap penuhi keperluan kesihatan Sabah, Sarawak