Penduduk mahu mesin ATM ditambah di pekan Ayer Kuning

KETIKA kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning sedang berlangsung, penduduk setempat tampil menyuarakan harapan agar kemudahan mesin juruwang automatik (ATM) dapat ditambah di pekan Ayer Kuning, Daerah Batang Padang, yang kini masih kekurangan perkhidmatan asas tersebut.

Melalui tinjauan wartawan The Malaysia Press (TMP), hanya terdapat satu sahaja mesin ATM pengeluaran wang yang terletak di dalam premis sebuah stesen minyak berhampiran pekan Ayer Kuning.

Menurut seorang pengundi DUN Ayer Kuning, Faizal Yaakub, 38, kekurangan mesin ATM di pekan itu menjadi keluhan utama penduduk, terutama warga emas dan peniaga kecil.

Ujarnya, biarpun sekarang, ramai yang menggunakan perkhidmatan perbankan dalam talian (online) namun bukan semua mempunyai kemudahan untuk mengaksesnya.

“Memang sebelum ini di pekan Ayer Kuning terdapat satu sahaja mesin ATM di stesen minyak, namun itu hanya sebuah dan hanya membabitkan urusan pengeluaran.

“Itu pun ada masa tidak dapat digunakan sekiranya kehabisan duit atau berlaku kerosakan,” katanya kepada TMP.

Jelasnya, penduduk di pekan Ayer Kuning terpaksa ke pekan berdekatan seperti pekan Langkap, Teluk Intan atau Mambang Diawan, Kampar untuk urusan bank.

Justeru, dia mengharapkan agar pihak berkaitan dapat menilai semula sama ada dapat menambah mesin ATM dan mesin ‘cash deposit’ dalam memudahkan urusan harian.

“Kalau ada kemudahan tersebut, peniaga pun senang.

“Kemudahan ATM bukan sahaja memudahkan urusan harian, malah dijangka dapat merancakkan aktiviti ekonomi setempat dengan memudahkan urusan jual beli dalam kalangan peniaga dan pengguna,” kata Faizal lagi.

Mengulas lanjut, dia yang juga anak tempatan di sini, mengharapkan calon yang menang pada PRK DUN Ayer Kuning nanti dapat membantu dalam memudahkan urusan harian penduduk di pekan Ayer Kuning khasnya.

“Besar harapan kami agar permintaan kecil ini mendapat perhatian dan dilaksanakan.

“Kami tidak mengharapkan pihak bank membuka bank di kawasan ini, namun bantu dari segi menambahbaikan fasiliti perbankan di sini,” ujarnya.

PRK DUN Ayer Kuning menyaksikan pertembungan tiga penjuru di antara Parti Barisan Nasional (BN) yang diwakili anak jati Ayer Kuning, Dr Mohamad Yusri Bakir, Parti Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek dan Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS.

PRK diadakan susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Ishsam Shahruddin, 58, yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 22 Februari lalu.

Ekoran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning diadakan pada 26 April manakala hari pengundian awal pada 22 April nanti.

Related Posts

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera termasuk tambahan dengan keseluruhan sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan kepada 300 keluarga terlibat kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

SANDAKAN – Kerajaan akan memberi keutamaan kepada warganegara dalam pelaksanaan bantuan kepada mangsa terjejas bencana kebakaran, namun aspek kemanusiaan tetap diutamakan tanpa mengira status, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti