Hubungan baik Malaysia-China mampu jana peluang perdagangan pelbagai negara

HUBUNGAN baik antara Malaysia dan China berpotensi membuka peluang baharu untuk negara dalam mempelbagaikan rakan dagang daripada negara-negara lain sekali gus memperkukuhkan pelbagai sektor utama.

Pakar Geostrategi, Prof Dr Azmi Hassan berkata, inisiatif ini wajar dipertimbangkan oleh Malaysia bagi memastikan kepentingan dagangan negara terus terpelihara di antara kuasa-kuasa besar dunia ketika situasi perang tarif oleh Amerika Syarikat (AS) sedang berjalan.

“Peluang ini (eksport ke China) boleh diambil ketika China sedang menikmati lebihan dagangan (surplus) bersama ASEAN. Jadi ASEAN boleh mengeksport lebih banyak lagi ke China.

“Tapi dalam hal ini, bukan kita nak kurangkan eksport kita ke ASEAN tapi kita kena cari pasaran lain selain daripada China seperti Afrika, negara Teluk dan negara Eropah mempunyai pasaran yang amat luas.

“Cuma bezanya dengan ASEAN kita tidak boleh mengharapkan sangat kerana Presiden Donald Trump menggunakan tarif sebagai senjata AS,” katanya ketika kepada The Malaysia Press.

Lawatan pada 15-17 April lalu, menandakan kunjungan rasmi kedua Xi Jin Ping ke Malaysia dalam tempoh 12 tahun, selepas kunjungan terakhirnya pada 2013 yang menyaksikan kedua-dua negara meningkatkan hubungan diplomatik kepada Perkongsian Strategik Komprehensif.

Mengulas lanjut, Azmi berpendapat lawatan Xi berprofil tinggi berlatar belakang perang tarif antara China dan AS meskipun sudah dilawati ketika Jun lalu oleh Premier Li Qiang bersempena dengan 50 tahun hubungan diplomatik antara Malaysia-China

Beliau berkata, China sedaya upaya cuba meraih sokongan Malaysia dan ASEAN agar lebih mudah berhadapan dengan AS kerana dianggap sebagai negara penting.

Katanya, Malaysia dan ASEAN juga bakal memperoleh manfaat menerusi kerjasama ini seperti membuka ruang pasaran dagangan di China dalam menepis impak perang tarif.

“Dalam hal ini untuk meraih sokongan China, Malaysia sebenarnya berada dalam keadaan yang baik untuk mendapatkan manfaat, umpamanya manfaat tentang hubungan dagang antara Malaysia dan China.

“China pada ketika ini mempunyai hubungan dagang yang surplus lebihan, jadi Malaysia boleh meminta lebih banyak barangan eksport minyak sawit ke China dalam hal ini.

“Ini adalah manfaat pengiktirafan kepentingan Malaysia dalam perang dagang ini.

“Jadi kita boleh meminta dibuka sedikit sebanyak ruang pasaran China itu demi meraih sokongan daripada ASEAN kepada China berlawan dengan AS,” katanya.

Related Posts

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

SHAH ALAM – Tiada parti politik yang meletakkan agenda menggulingkan Raja sebagai sebahagian daripada manifesto ketika meminta mandat rakyat pada pilihan raya negeri (PRN). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan laporan awal berkaitan pengurusan dan tatakelola Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan didedahkan kepada umum minggu depan. Anwar berkata, pendedahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik