Sarawak tanggung sebahagian dana kawasan sempadan Malaysia, Indonesia – Abang Johari

KUCHING: “Kerajaan Sarawak menunjukkan komitmen yang kuat dengan bekerjasama Kerajaan Persekutuan untuk pembangunan kawasan sempadan,” kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Kata Abang Johari, Sarawak akan menanggung sebahagian daripada dana pembangunan sempadan di samping sokongan daripada Kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata sedemikian ketika ditemui media ketika Majlis Pelancaran Biografi Gabenor Pertama Sarawak Tun Openg di HIKMAH Exchange Event Centre (HEEC) Kuching, hari ini.

“Dana sebanyak RM1 bilion yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan akan digunakan untuk menaik taraf fasiliti dan infrastruktur di kawasan sempadan antara di Malaysia dengan Indonesia,” ujar beliau.

Tambah Abang Johari, persempadanan Malaysia, Kerajaan Sarawak masih boleh bersetuju untuk mengadakan kerjasama ‘one-to-one’ dengan kerajaan Persekutuan di mana kita boleh mengeluarkan sebahagian dana untuk mempercepatkan pembangunan di sempadan kita.

Antara kawasan yang menjadi fokus utama ialah Tebedu dan Entikong. Penggunaan dana ini akan ditumpukan kepada peningkatan fasiliti seperti Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) di kawasan-kawasan tersebut.

Selain itu, Sarawak juga merancang untuk membangunkan kawasan perindustrian di Tebedu menggunakan peruntukan dari kerajaan negeri.

Ini adalah langkah strategik untuk memastikan pembangunan infrastruktur yang menyeluruh dan seimbang di kawasan sempadan, yang diharapkan dapat memperbaiki ekonomi dan kualiti hidup penduduk di kawasan tersebut.

Related Posts

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

SHAH ALAM – Tiada parti politik yang meletakkan agenda menggulingkan Raja sebagai sebahagian daripada manifesto ketika meminta mandat rakyat pada pilihan raya negeri (PRN). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan laporan awal berkaitan pengurusan dan tatakelola Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan didedahkan kepada umum minggu depan. Anwar berkata, pendedahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik