Pasukan perubatan ATM berlepas ke Myanmar

PUTRAJAYA – Malaysia menghantar pasukan perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Myanmar hari ini, bagi melaksanakan Operasi Bantuan Kemanusiaan (Operasi Starlight III) susulan gempa bumi kuat yang melanda negara itu pada 28 Mac lalu.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM, Leftenan Jeneral Datuk Dr Zulkeffeli Mat Jusoh berkata, seramai 69 orang terdiri daripada 16 pegawai dan 53 anggota daripada pelbagai kepakaran antaranya Forward Anaesthesia and Surgical Team (FAST) Hospital Medan Malaysia, elemen dari Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) bersama pasukan keselamatan.

Pasukan diketuai Kolonel Dr Ahmad Farhan Ahmad Fuad sebagai pemerintah operasi itu turut membawa keperluan peralatan merangkumi Hospital Medan Tahap Dua, kit perubatan, komunikasi, teknikal, sebuah kenderaan pacuan empat roda dan dua trak muatan 18 tan.

“Perancangan melaksanakan (Hospital Medan) untuk tempoh sebulan pertama iaitu 30 hari dan selepas itu akan membuat penilaian berdasarkan pemerhatian di lapangan bagi keperluan seterusnya,” katanya kepada Bernama selepas upacara pelepasan aturgerak Hospital Medan Malaysia ke Operasi Bantuan Kemanusiaan di Myanmar di Pangkalan Udara Subang.

Beliau berkata setakat ini, Hospital Medan berkenaan akan beroperasi di kawasan Sagaing, Myanmar dan tidak menolak kemungkinan lokasi itu berubah berdasarkan keadaan semasa.

Dr Zulkeffeli berkata, pasukan itu mengambil masa 72 jam melakukan persediaan bagi mengaktifkan misi sebelum berlepas kerana mengambil kira pelbagai faktor termasuk keselamatan, bekalan air dan elektrik terhad di kawasan menempatkan Hospital Medan.

Related Posts

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

KUALA LUMPUR –  Penggunaan sistem digital dalam pembelian buku menjadikan pelaksanaan Baucar Buku MADANI merekodkan kejayaan luar biasa apabila mencatatkan kadar penebusan digunakan sepenuhnya untuk bahan bacaan ​Ketua Pegawai Eksekutif…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Akta Sewa Beli 2026 berkuat kuasa esok, 11 institusi kewangan tawar pembiayaan baharu

PUTRAJAYA – Sebanyak 11 entiti institusikewangan dan syarikat penyedia sewa beli telah bersedia sepenuhnya dan akan menawarkan pinjaman sewa beli berdasarkan pindaan peruntukan yang termaktub Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Teo Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina Ibrahim dalam DAP Johor

Teo Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina Ibrahim dalam DAP Johor

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri