Peruntukan tinggi, bukan kerana ugutan GRS dan UMNO Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan peruntukan tinggi sebanyak RM16 bilion untuk Sabah, bukan berpunca dari ugutan parti-parti pemimpin di negeri berkenaan.

“Sabah itu istimewa sebab apa, sebab dalam beberapa bidang dia ketinggalan maka kalau ada peruntukan tinggi RM16 bilion, bukan kerana saya diugut oleh Ketua Menteri, bukan kerana diugut oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) atau UMNO Sabah.

“Tidak, kerana saya sebagai orang yang diamanahkan harus faham keperluan Sabah yang dalam banyak hal ketinggalan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Himpunan Perdana Rakyat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau turut mencadangkan kepada para pemimpin Sabah agar menjalin kerjasama lebih erat dengan Kerajaan Persekutuan.

“Nak tolong angkat boleh, hanya kalau Kerajaan Negeri Sabah berpakat baik dengan Kerajaan Persekutuan, jadi saya cadangkan, mana-mana pemimpin Sabah kalau menghadapi pilihan raya negeri ini, lambat lagi, biar dia ada kerjasama erat dengan Kerajaan Persekutuan.

“Maka kita boleh timbang, kalau tidak jangan timbang kerana kita akan lingkup, ini pesanan saya,” katanya.

Related Posts

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

SUBANG – Kementerian Luar menggesa rejim Zionis segera membebaskan 25 rakyat Malaysia yang ditahan ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 ke Gaza di perairan antarabangsa berhampiran Cyprus.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan terus memastikan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mendapat sokongan sewajarnya bagi menghadapi tekanan kos operasi serta ketidaktentuan rantaian bekalan global. Perdana Menteri, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin

Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin

KPM sasar 800 bilik darjah ‘AI Powered Classroom’ menjelang 2027

KPM sasar 800 bilik darjah ‘AI Powered Classroom’ menjelang 2027

Sekolah Tinggi Segamat raih pengiktirafan seabad, lambang kecemerlangan pendidikan

Sekolah Tinggi Segamat raih pengiktirafan seabad, lambang kecemerlangan pendidikan

YDP MPK akui kelemahan diri, mohon maaf isu tular program rakyat

YDP MPK akui kelemahan diri, mohon maaf isu tular program rakyat