5 fasiliti APCC baharu dibina, bantu petani luar bandar pasar hasil pertanian

KOTA KINABALU – Sebanyak lima buah Pusat Pengumpulan Hasil Tani (APCC) baharu sedang dibina di beberapa daerah di Sabah bagi membantu lebih ramai petani kecil, khususnya di luar bandar, memasarkan hasil pertanian mereka dengan lebih sistematik dan berdaya saing.

Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Peto Galim berkata, pusat pengumpulan baharu itu dibangunkan di Nabawan, Tambunan, Tenom, Penampang (Moyog) dan Tuaran.

“Setakat ini, Kementerian melalui Korporasi Pembangunan Desa (KPD) telah membina enam APCC di Beaufort, Keningau, Kota Marudu, Lahad Datu, Kundasang (Ranau) dan Telupid.

“Pusat ini dilengkapi kemudahan lengkap termasuk ruang pengumpulan hasil, penggredan, penyimpanan sejuk, pembungkusan, pengangkutan, pemunggahan dan pemasaran.

“Para petani luar bandar boleh menghantar hasil pertanian berkualiti ke pusat ini dan KPD akan membantu memasarkan hasil tersebut ke pasaran lebih luas,” katanya semasa menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Anwar Ayuub dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah, di sini.

Peto berkata, selain memudahkan pemasaran, fasiliti di APCC turut menyediakan mesin pembungkusan seperti ‘top sealer’ dan ‘vacuum pack’, termasuk peralatan pemprosesan asas untuk membantu petani atau usahawan kecil menambah nilai produk sebelum dipasarkan.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa Lembaga Padi dan Beras Sabah (LPBS) sedang mengusahakan pembangunan semula kawasan sawah padi terbiar tanpa sistem pengairan melibatkan keluasan 22,146 hektar.

“Antara kawasan sawah padi terbiar yang terlibat adalah di enam daerah iaitu Kota Marudu, Kota Belud, Tuaran, Tambunan, Keningau dan Papar.

“Bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pembangunan padi di kawasan tersebut, Jawatankuasa Pembangunan dan Pengurusan Padi Daerah telah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Ahli Lembaga LPBS di setiap daerah terlibat,” jelasnya.

Related Posts

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

IPOH – Perak menjadi kerajaan negeri pertama di negara ini melancarkan Kios Kesihatan Pintar SIHAT AI, inisiatif berteraskan kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh pengesanan awal penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

ALOR SETAR – Tiga sekeluarga termasuk dua pengarah syarikat pengeluar dan pemproses padi serta beras ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

Asnaf sekitar Jengka terima Bakti Negeri Pahang

Asnaf sekitar Jengka terima Bakti Negeri Pahang

Op Hazard serbu stor e-waste haram, 11 warga asing diberkas

Op Hazard serbu stor e-waste haram, 11 warga asing diberkas

Sabah sasar hab tenaga hijau serantau, rancang agenda Beyond SMJ 2.0

Sabah sasar hab tenaga hijau serantau, rancang agenda Beyond SMJ 2.0