Pencapaian NCER catat pelaburan RM42.76 bilion di Pulau Pinang tahun lalu

GEORGE TOWN – Pulau Pinang terus mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pelaburan dan inovasi teknologi di Malaysia, dengan mencatat pelaburan direalisasi bernilai RM42.76 bilion serta mewujudkan hampir 9,000 peluang pekerjaan tahun lalu.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pencapaian itu adalah hasil kerjasama erat antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

“Momentum positif ini berterusan pada tahun 2025, dengan pelaburan sebanyak RM13.3 bilion dan 3,000 peluang pekerjaan baharu direalisasikan setakat suku pertama 2025,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Kon Yeow menghadiri Majlis Kolaborasi Strategik bagi Kemajuan NCER Technology Innovation Centre (NTIC) dan NCER Entrepreneur Sustainable Transformation (NEST) di Kompleks Tun Abd Razak (KOMTAR).

Kon Yeow berkata, kerajaan negeri komited untuk menyokong inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh NCER, selaras dengan Visi Penang2030 dan aspirasi Ekonomi MADANI.

“NTIC dan NEST memainkan peranan penting dalam membangunkan ekosistem inovasi dan keusahawanan mampan di Pulau Pinang.

“Pada tahun 2024, NTIC telah membantu merealisasikan pelaburan sebanyak RM26.8 bilion dan mewujudkan lebih 900 peluang pekerjaan, manakala NEST berjaya meningkatkan jualan tahunan kumulatif syarikat-syarikat tempatan sebanyak RM197 juta,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Mohamad Haris Kader Sultan berkata, NTIC yang terletak di Bayan Lepas bertujuan memperkukuh ekosistem industri melalui tiga inisiatif utama.

“Inisiatif tersebut ialah Centre of Excellence (CoE), Advanced Technology Meister Programme (ATMP), dan Technology & Innovation (T&I). Pusat ini diharapkan dapat menjadi hab kerjasama antara PKS tempatan, syarikat multinasional dan institusi akademik,” katanya.

Tambahnya, program NEST terus menunjukkan impak positif dengan membantu 80 syarikat tempatan meningkatkan pendapatan dan mewujudkan 356 peluang pekerjaan baharu.

“Program ini memberi tumpuan kepada pengukuhan jenama, penerapan teknologi, dan pengurusan kewangan yang efisien.

“NCER komited untuk terus bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan Pulau Pinang kekal sebagai destinasi pelaburan utama dan pusat inovasi teknologi di rantau ini,” katanya.

Katanya, menerusi pencapaian dan inisiatif terkini ini, Pulau Pinang akan terus melangkah ke hadapan sebagai model pembangunan ekonomi mampan dan hab berteknologi tinggi, selaras dengan matlamat Pelan Pembangunan Strategik NCER.

Related Posts

TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

USAHA memperkasakan pendidikan digital selari dengan aspirasi Belanjawan MADANI 2027 turut mendapat sokongan menerusi inisiatif TAVIS Education yang menyediakan kemudahan pembelajaran secara percuma bagi membantu pelajar menguasai pelajaran dengan lebih…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Markas 13 Briged Infantri dirancang berpindah ke Tawau

TAWAU – Markas 13 Briged Infantri Malaysia yang berpangkalan di Kem Cenderawasih, Lahad Datu dirancang untuk dipindahkan ke Kem Kukusan, Tawau atas faktor kesesuaian taktikal dan strategik Tentera Darat. Panglima…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

Markas 13 Briged Infantri dirancang berpindah ke Tawau

  • By Fatin
  • October 13, 2026
Markas 13 Briged Infantri dirancang berpindah ke Tawau

Kualiti udara tidak sihat, sekolah seluruh Tawau tutup esok

  • By Fatin
  • October 13, 2026
Kualiti udara tidak sihat, sekolah seluruh Tawau tutup esok

Misteri rangka manusia dalam dua guni, buruh Rohingya direman tujuh hari

Misteri rangka manusia dalam dua guni, buruh Rohingya direman tujuh hari

Bekas pemain bola sepak dituduh edar 72kg ganja

Bekas pemain bola sepak dituduh edar 72kg ganja